Skip to main content

Dunia

[TERKINI] Konflik Asia Barat: Iran setuju laksana gencatan senjata, buka Selat Hormuz jika serangan dihentikan

FILE PHOTO: Iran's Foreign Minister Abbas Araghchi addresses a special session of the Conference on Disarmament at the United Nations, aside of U.S.-Iran talks in Geneva, Switzerland, February 17, 2026. REUTERS/Pierre Albouy/File Photo
Abbas Araghchi mengesahkan pendirian Tehran terhadap usaha meredakan ketegangan ketenteraan di rantau tersebut. - Gambar fail

TEHRAN: Iran mengumumkan persetujuan rasmi untuk melaksanakan gencatan senjata serta membenarkan pembukaan Selat Hormuz secara bersyarat, sekiranya semua bentuk serangan terhadap negara itu dihentikan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi sekali gus mengesahkan pendirian Tehran terhadap usaha meredakan ketegangan ketenteraan di rantau tersebut.

Advertisement

Menurut beliau, Iran bersedia melaksanakan gencatan senjata sekiranya tiada lagi serangan dilancarkan ke atas negara itu.

Bagi tempoh dua minggu, katanya, laluan selamat melalui Selat Hormuz akan dibenarkan bagi kapal-kapal yang melalui perairan strategik itu.

“Ia akan dilaksanakan melalui penyelarasan dengan Angkatan Tentera Iran serta mengambil kira kekangan dan had teknikal yang ada,” katanya.

Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan kritikal bagi perdagangan minyak global dan sebarang gangguan terhadapnya berpotensi memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.

Pengumuman Iran ini hadir ketika usaha diplomatik antarabangsa giat dijalankan bagi mengurangkan ketegangan di Asia Barat, khususnya susulan ancaman ketenteraan dan konflik berpanjangan melibatkan beberapa negara di rantau itu.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan kesediaan menggantung serangan ketenteraan terhadap Iran selama tempoh dua minggu, tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz oleh Iran. - Agensi

Must Watch Video