DUNIA
[TERKINI] Konflik Iran-Israel: Apa kita tahu setakat ini?
![[TERKINI] Konflik Iran-Israel: Apa kita tahu setakat ini? [TERKINI] Konflik Iran-Israel: Apa kita tahu setakat ini?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-06/61750566754_TBTrump.jpg)
Donald Trump mendakwa AS telah melakukan serangan "sangat berjaya" ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz, dan Isfahan. - Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: KONFLIK antara Iran dan Israel terus memuncak selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran.
Serangan ini dilaporkan menyasarkan infrastruktur bawah tanah, namun menurut Ahli Parlimen Iran, kerosakan dianggap “tidak serius” dan hanya melibatkan bahagian permukaan yang boleh dipulihkan.
Iran juga memaklumkan tiada kebocoran bahan radioaktif berlaku, manakala Israel mengesahkan telah mengesan peluru berpandu dilancarkan dari Iran, dan menggesa rakyatnya untuk berlindung segera.

Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke Israel beberapa jam selepas serangan Amerika Syarikat. - Foto/REUTERS
Serangan AS ini dilihat sebagai lanjutan daripada ketegangan serantau yang makin meruncing selepas beberapa siri serangan balas antara Iran dan Israel, termasuk pelancaran dron dan peluru berpandu sebelum ini.
Berikut perkembangan setakat Ahad (22 Jun) susulan serangan AS ke atas Iran:
- Donald Trump mendakwa AS telah melakukan serangan "sangat berjaya" ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz, dan Isfahan.
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengucapkan tahniah kepada Trump, dan menyifatkannya sebagai “keputusan berani” yang akan mengubah landskap keselamatan global.
serangan udara ke atas Iran tanpa kebenaran rasmi daripada Kongres, mencetuskan perdebatan hangat mengenai kuasa perlembagaan dan penglibatan ketenteraan AS di luar negara.
- Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) mendakwa Presiden Donald Trump telah melancarkan - Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi, mengecam keras serangan udara AS ke atas tiga fasiliti nuklear utama Iran, menyifatkannya sebagai “tindakan melampau” yang akan membawa “kesan jangka panjang” terhadap kestabilan global.
- Pegawai kanan Israel dilaporkan mengesahkan bahawa serangan ke atas kemudahan nuklear Iran dilakukan dalam “penyelarasan penuh” dengan Amerika Syarikat (AS).
- Memetik Al-Jazeera, Iran memaklumkan lebih 400 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 3,056 lagi cedera sejak Israel melancarkan serangannya pada 13 Jun. Di Israel, sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam serangan Iran.

Foto/REUTERS
- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, melahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan ketenteraan AS ke atas Iran.
- Hamas mengutuk serangan AS ke atas Iran sebagai pencerobohan kurang ajar terhadap wilayah dan kedaulatan Iran.
- Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) mengecam serangan ke atas tiga tapak nuklear dan menyifatkannya sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan Perjanjian NPT dan bernjanji tidak akan hentikan program pembangunan industri nuklear.
- Pihak berkuasa New York meningkatkan kehadiran polis di lokasi-lokasi sensitif termasuk tapak keagamaan, kebudayaan dan diplomatik susulan ketegangan global yang semakin memuncak berikutan serangan udara AS dan Israel ke atas Iran.
- Kementerian Luar Malaysia mengesahkan seramai 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa keluar dari Iran susulan konflik yang semakin meruncing di negara itu.
- Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, kesemua mereka berjaya memasuki pintu sempadan ke Turkmenistan pada malam Sabtu.
- Semalam, Mohamad memberitahu Kedutaan Malaysia di Iran diarahkan menutup operasi buat sementara, dan semua rakyat Malaysia diarah keluar dari Iran.
- Tentera Israel memaklumkan bahawa mereka telah mengenal pasti peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran. Pihak berkuasa menggesa orang awam yang menerima amaran kecemasan supaya segera berlindung.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa hak yang diberikan kepada negara di bawah undang-undang antarabangsa "tidak boleh dirampas melalui peperangan dan ancaman,".
- - Kata kunci “World War III” menjadi trending di pelbagai platform media sosial selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear utama Iran.
- Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Arab Saudi menyatakan kebimbangan mendalam terhadap perkembangan terkini di Iran susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan kemudahan nuklear negara itu.
- - Jabatan Polis Amerika Syarikat (AS) berada dalam keadaan siap siaga susulan pengumuman Presiden Donald Trump bahawa pasukan tentera negara itu telah menyerang tiga tapak utama nuklear Iran.
- Apakah sebenarnya signifikan tapak nuklear Fordow sehinggakan Amerika Syarikat sanggup masuk campur secara terbuka dalam konflik Iran-Israel dengan mengebomnya?
- Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor IAEA pada Isnin susulan serangan tentera Amerika Syarikat.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami