SEHARI selepas tragedi tertembak mati kru penggambaran filem dibintanginya, pelakon terkenal Hollywood Alec Baldwin, tampil membuat kenyataan pertama di Twitter.
"Tidak ada kata-kata untuk menggambarkan rasa terkejut dan sedih saya mengenai kemalangan tragis yang meragut nyawa Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu dan rakan sekerja yang sangat dikagumi.
"Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan polis mengenai kejadian ini dan berhubung dengan suaminya, memberi sokongan kepadanya dan keluarganya.
"Saya amat sedih dan simpati dengan suaminya, anak mereka dan semua yang mengenali dan menyayangi Halyna," ciapnya di Twitter pada Jumaat (waktu tempatan).
Terdahulu, media melaporkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas terkena tembakan di set penggambaran di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat pada Khamis.
Jabatan Polis Santa Fe mengesahkan tembakan itu berpunca daripada pistol yang digunakan Baldwin semasa penggambaran filem terbaharunya, Rust.
"Siasatan kini dijalankan bagi menentukan bagaimana kejadian itu berlaku dan jenis peluru yang digunakan," kata pasukan itu dalam satu kenyataan yang diperolehi Newsweek.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai jurukamera Hutchins, 42, yang disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico.
Pengarah filem, Joel Souza, 42, pula cedera dalam insiden itu dan kini menerima rawatan di Hospital Christus St Vincent.
"Kami telah merakam kenyataan Baldwin dan dia telah dibebaskan.
"Buat masa tiada tangkapan dibuat berhubung insiden berkenaan," kata polis memetik laporan Deadline.
Anggota polis dikerah kepada set penggambaran tersebut yang terletak di Bonanza Creek Ranch selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.50 petang waktu tempatan.
Set penggambaran kini ditutup selepas kejadian tersebut, lapor Deadline.
Astro Awani
Fri Oct 22 2021
Polis mengesahkan tembakan itu berpunca daripada pistol yang digunakan Baldwin semasa penggambaran filem terbaharunya, Rust. - Gambar/ AP
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Pengendali senjata api filem Rust dipenjara 18 bulan
PENGENDALI senjata api untuk filem bajet, Rust, Hannah Gutierrez-Reed dihukum penjara 18 bulan pada Isnin berhubung insiden kematian ahli sinematografi, selepas ditembak aktor, Alec Baldwin.
Alec Baldwin didakwa sekali lagi bunuh tanpa sengaja
Pertuduhan bunuh tanpa sengaja yang pertama terhadap Baldwin diterangkan dalam dokumen mahkamah sebagai "penggunaan senjata api secara cuai."
Keluarga Halyna Hutchins bakal kemuka saman terhadap Alec Baldwin
Peguam keluarga mangsa berkata pelakon itu "tidak boleh lepas daripada tanggungjawab" yang menyebabkan kematiannya.
Tuduhan membunuh terhadap pelakon Alec Baldwin digugurkan
Tuduhan terhadap Alec Baldwin atas pendakwaan membunuh tanpa sengaja di lokasi penggambaran filem Rust telah digugurkan.
Alec Baldwin mengaku tidak bersalah tembak ahli sinematografi
Alec Baldwin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh tanpa sengaja ahli sinematografi, Halyna Hutchins.
Pertuduhan membunuh petugas set pada 2021 ke atas Baldwin dikurangkan
Pendakwa raya telah mengurangkan pertuduhan terhadap pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin berkaitan kematian seorang petugas set filem 'Rust" pada 2021.
Alec Baldwin didakwa secara rasmi tembak mati kru penggambaran
Alec Baldwin didakwa secara rasmi atas pertuduhan menembak mati seorang ahli sinematografi filem di set penggambaran pada Oktober 2021.
Tembakan di set filem: Pelakon Alec Baldwin akan didakwa
Pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin akan didakwa atas pertuduhan menembak maut kru filem di set penggambaran filem baharunya Rust pada 2021.
Insiden babitkan Alec Baldwin: Laporan forensik FBI dapati picu pistol ditarik
Pelakon yang memenangi Golden Globe, sebelum ini mendakwa dia tidak menarik picu pistol.
Keluarga mangsa tembakan di set penggambaran saman Alec Baldwin
Mereka mendakwa kesemua yang dinamakan itu tidak mempraktikkan amalan standard industri perfileman.