awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terusan Panama sesak susulan kemarau, 126 kapal kargo tersekat

Bernama
Bernama
26/08/2023
08:22 MYT
Terusan Panama sesak susulan kemarau, 126 kapal kargo tersekat
Pengendali terusan itu mengehadkan laluan kapal ekoran paras air surut. -Reuters
MEXICO CITY: Pihak Berkuasa Terusan Panama (ACP) pada Jumaat berkata masa menunggu untuk transit melalui terusan itu kini dianggarkan sembilan hingga 11 hari susulan gangguan akibat kemarau berpanjangan.
Pengendali terusan itu mengehadkan laluan kapal ekoran paras air surut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Di kedua-dua belah laluan utama perkapalan itu, 126 kapal kargo menunggu untuk dibenarkan masuk, menyebabkan tunggakan kira-kira 40 peratus lebih berbanding keadaan biasa.
Menurut statistik ACP, masa transit pada Jun kira-kira dua setengah hari dan meningkat kepada lima hari pada Julai. Kini, beberapa kapal kargo mungkin terpaksa menunggu sehingga 18 hari untuk melaluinya.
Terusan Panama adalah laluan air paling penting di dunia yang menghubungkan lautan Atlantik dan Pasifik dengan merentasi Amerika Tengah.
Terusan sepanjang kira-kira 80 kilometer itu bermula di Colon di utara dan berakhir berhampiran Panama City di selatan.
Kira-kira 14,000 kapal menggunakan Terusan Panama setiap tahun yang menyumbang kira-kira enam peratus daripada perdagangan dunia.
Laluan air itu mempunyai tiga sistem kunci dengan kapal dinaikkan ke paras Tasik Gatun, takungan buatan besar 28 meter di atas paras laut dan kemudian diturunkan semula.
Jika berlaku kekurangan hujan di rantau ini dan suhu meningkat, menyebabkan paras air Tasik Gatun surut, sekali gus menjejaskan pergerakan kapal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pihak Berkuasa Terusan Panama
#kemarau berpanjangan
#kapal kargo tersekat
#Tasik Gatun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan