Skip to main content

Malaysia

MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di IPD Kudat esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, esok. - Gambar fail
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, esok. - Gambar fail

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia akan menguji siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat esok.
  • Pengujian siren dijadualkan berlangsung dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.
  • Penduduk sekitar dinasihatkan tidak panik kerana bunyi siren adalah ujian, dan sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh MetMalaysia.
Advertisement

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, esok.

MetMalaysia dalam hantaran di platform Facebook memaklumkan, pengujian itu dijadual berlangsung pada 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut, kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

Advertisement

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement