TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) mempelbagaikan perkhidmatannya dengan memperkenalkan pakej pelancongan ke destinasi popular sebagai salah satu strategi perniagaannya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khalid Noordin berkata antara pakej yang ditawarkan adalah melawat negara Eropah Timur termasuk menyaksikan sinaran aurora di Iceland.
Menurutnya, pakej itu akan diperkenalkan pada musim cuti persekolahan antara November hingga 31 Disember tahun ini.
Ia menyediakan pengalaman baharu kepada pelancong yang inginkan kelainan ketika melawat negara di Eropah.
Khalid ditemui pemberita Malaysia yang mengikuti lawatan melihat persediaan Tabung Haji bagi operasi musim haji 2016.
Mengenai pakej umrah yang disediakan, THTS juga menaik taraf pakej umrah dan haji dengan memperkenalkan beberapa destinasi baharu yang dikenali sebagai Pakej Umrah Plus.
Menerusi pakej itu, pelanggan bukan sahaja dapat mengerjakan ibadah di Mekah dan Madinah tetapi juga dibawa melawat ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Dubai dan Turki.
Sementara itu, THTS juga merancang mewujudkan pakej baharu khusus kepada peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris.
Menerusi pakej itu, pelancong akan dibawa melawat stadium kelab terkemuka termasuk menonton perlawanan bola sepak.
Nazam Yusuff
Thu Jun 23 2016
Antara pakej yang ditawarkan THTS adalah melawat negara Eropah Timur termasuk menyaksikan sinaran aurora di Iceland. -Gambar fail
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Feyenoord dan Liverpool dilaporkan minggu lalu mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
IsDB simpul mesyuarat 4 hari, dengan 85 perjanjian pembiayaan US$8 bln
Perjanjian tersebut berkaitan dengan operasi serta projek dalam pelbagai sektor, kata Presiden IsDB Dr Muhammad Al-Jasser.
AWANI Pagi: Hari Pekerja 2024 - Tangani stres, perbaiki psikologi pekerja
Bersempena Hari Pekerja yang disambut 1 Mei, ia boleh disifatkan sebagai hari meraikan pekerja yang membantu dalam pembangunan ekonomi dan produktiviti tempatan.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
AWANI Pagi: SSPA, jangan tinggal lagi skim kami?
Diskusi AWANI Pagi bersama Setiausaha Agung Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali untuk mengupas mengenai nasib, dan kebajikan perkhidmatan awam bersempena Hari Pekerja 2024.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Pendudukan bermula semalaman apabila penunjuk perasaan memecahkan tingkap dan memasuki Hamilton Hall.
Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa
Semua penjawat awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan diingatkan supaya mematuhi ketetapan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Pilih aliran pendidikan hak ibu bapa - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) termasuk di Kelantan.
Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan - Tinjauan EY
Sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan.
MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta
Pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung.
Pulang berhari raya bersama AirAsia? Ini fakta menarik musim perayaan
Bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya, krew AirAsia Fun Team akan membuat persembahan istimewa ketika di udara dalam penerbangan domestik terpilih antara 1 Jun - 15 Jun 2019.
Hawaii lokasi bulan madu paling popular pada 2017
Kira-kira 18.6 peratus daripada sejumlah 19,000 pasangan berbulan madu yang membeli pakej pelancongan yang ditawarkannya tahun lepas memilih pusat peranginan di Amerika Syarikat itu sebagai destinasi.
TH Travel tawar pakej pelancongan ke Eropah Timur
Antara pakej yang ditawarkan adalah melawat negara Eropah Timur termasuk menyaksikan sinaran aurora di Iceland.