awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand berada dalam kesiapsiagaan tinggi terhadap situasi virus Nipah di India

Bernama
Bernama
23/01/2026
14:29 MYT
Thailand berada dalam kesiapsiagaan tinggi terhadap situasi virus Nipah di India
Penyakit virus Nipah boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan dengan haiwan yang dijangkiti, makanan yang tercemar, atau secara langsung daripada individu ke individu yang lain. - X / Beacon
BANGKOK: Thailand sedang mempergiat pengawasan terhadap situasi virus Nipah di India dan memperkukuh penyelarasan melalui rangkaian One Health sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan penularan merentas sempadan.
Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) di bawah Kementerian Kesihatan Awam memaklumkan bahawa Thailand kekal dalam kesiapsiagaan tinggi susulan laporan mengenai lima kes virus Nipah yang disahkan di Benggala Barat, India, termasuk jangkitan dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan berhampiran Kolkata.
"Thailand kekal dalam kesiapsiagaan tinggi dan sedang memperkukuh langkah pencegahan dengan mengintegrasikan pengawasan serta kesiapsiagaan di semua sektor berkaitan melalui pendekatan One Health," kata DDC dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman web Jabatan Perhubungan Awam pada Jumaat.
DDC menyatakan bahawa laporan antarabangsa menunjukkan penyakit itu pada mulanya mungkin menunjukkan gejala seakan-akan selesema, seperti demam dan sakit kepala, namun boleh berkembang kepada keadaan yang teruk, termasuk komplikasi neurologi.
Ia menggalakkan orang ramai untuk terus mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit virus Nipah merupakan jangkitan zoonotik yang boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan dengan haiwan yang dijangkiti, makanan yang tercemar, atau secara langsung daripada individu ke individu yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#virus Nipah
#Thailand
#persediaan
#virus
#kawalan penyakit
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan