INTERNATIONAL
Thailand berkabung: Perjalanan akhir raja yang dikasihi rakyat jelata

Upacara rasmi pembakaran mayat Raja Bhumibol Adulyadej dijadualkan berlangsung lima hari sehingga 29 Oktober ini di Grand Palace, Bangkok.- Gambar Fail.
Upacara persemadian Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dimulakan secara rasmi, hari ini.
Upacara rasmi pembakaran mayat dijadualkan berlangsung lima hari hingga 29 Oktober ini di Grand Palace, Bangkok.
Ia dimulakan dengan perarakan pedati emas yang membawa jasab Bhumipol diiringi dengan ribuan anggota tentera sebelum dipindahkan ke kendi diraja.
Perjalanan membawa jasad mendiang sejauh dua kilometer ke Dewan Takhta Dusit Maha Prasat mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam.
Perarakan turut disaksikan rakyat Thailand yang menunggu di bahu jalan sambil mengenakan pakaian hitam tanda berkabung.
Selama perintahan sepanjang 70 tahun, Raja Bhumibol berjaya membina semula imej pemerintahan monarki selepas perang dunia kedua.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami