Skip to main content

Dunia

Thailand buru lima suspek serangan hendap di Narathiwat

Sumber: Polis Thailand
Kelima-lima suspek tersebut termasuk dua pemimpin kumpulan pemisah dipercayai sedang bersembunyi di negara jiran.
Advertisement

NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand sedang menjejaki lima individu yang dipercayai terlibat dalam satu serangan hendap di pusat pemeriksaan di jalan perbandaran Bukit Sami, di sub-daerah Tanjong Mas, daerah Ra-ngae, wilayah Narathiwat, yang berlaku sekitar jam 6.45 petang pada 22 Julai lalu.

Menurut Timbalan Jurucakap Markas Hadapan Wilayah 4 bagi Pemerintahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC), kelima-lima individu tersebut - termasuk dua pemimpin kumpulan pemisah dipercayai sedang bersembunyi di negara jiran.

Dua pemimpin yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Thailand itu dikenal pasti sebagai Nise Niha/Nija (pemimpin operasi yang dikaitkan dengan insiden Tak Bai tahun 2004) dan Muhammad Baihadee Waheng (pemimpin operasi bagi serangan pada bulan Julai lalu).

Image
Timbalan Jurucakap Markas Hadapan Wilayah 4 bagi Pemerintahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC), Kolonel Ekwarit Chobchuphol.. kredit polis Thailand
Kolonel Ekwarit Chobchuphol,

Tiga lagi individu yang dikehendaki, yang turut dipercayai terlibat dalam serangan hendap 22 Julai itu, dikenal pasti sebagai Azmin Salame (terlibat dalam pengeboman stesen kereta api, rompakan kedai emas dan serangan terhadap konvoi tentera). 

Tidak ketinggalan, Abdul Rahum Mayi (anggota kumpulan pemisah yang bertanggungjawab menyelaraskan serangan) dan Azizan Madahae (anggota kumpulan pemisah yang mengeluarkan arahan untuk melancarkan serangan).

Pemeriksaan bukti forensik mendedahkan penggunaan sejumlah 15 laras senjata api dalam serangan-serangan tersebut. 

Kesemua 15 senjata itu mempunyai sejarah penglibatan dalam pelbagai insiden keganasan di pelbagai kawasan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 36 insiden lampau. 

Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap semua suspek pada 24 Julai lalu.

Must Watch Video

Advertisement