awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand jangka hadapi puncak gelombang COVID-19 pertengahan April

Bernama
Bernama
03/03/2022
21:00 MYT
Thailand jangka hadapi puncak gelombang COVID-19 pertengahan April
Pada Khamis, Thailand merekodkan 23,618 kes baharu COVID-19 melalui ujian RT-PCR dan 49 kematian, menjadikan jumlah jangkitan negara itu kepada 2,958,162 kes dan 23,070 kematian. -Gambar AP
BANGKOK: Thailand perlu bersiap sedia dalam beberapa minggu lagi kerana pakar mengatakan pandemik COVID-19 dijangka memuncak pada pertengahan April.
Pengarah Biro Komunikasi Risiko dan Pembangunan Tingkah Laku Kesihatan Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Sumanee Watcharasin berkata angka kes COVID-19 di negara itu dijangka terus meningkat apabila varian Omicron semakin merebak.
"Kes harian COVID-19 dijangka memuncak pada pertengahan April dan beransur turun pada Mei," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini, pada Khamis.
Beliau berkata jangkitan harian boleh mencecah 100,000 pada pertengahan April bergantung pada langkah berjaga-jaga COVID-19 yang diterima pakai serta pematuhan orang ramai terhadap pelbagai langkah pencegahan virus.
Pada Khamis, Thailand merekodkan 23,618 kes baharu COVID-19 melalui ujian RT-PCR dan 49 kematian, menjadikan jumlah jangkitan negara itu kepada 2,958,162 kes dan 23,070 kematian.
Tambahnya, dalam tempoh yang sama, sejumlah 42,138 orang disahkan positif COVID-19 melalui kit ujian antigen. Bagaimanapun, angka itu tidak dimasukkan dalam pengiraan harian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Omicron
#puncak gelombang
#April
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan