awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand lapor kematian pertama cacar monyet

Bernama
Bernama
14/08/2023
15:02 MYT
Thailand lapor kematian pertama cacar monyet
Thailand pada Isnin melaporkan kematian pertama cacar monyet melibatkan seorang lelaki yang dijangkiti HIV dan sifilis, menurut pegawai kanan kesihatan. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Thailand pada Isnin melaporkan kematian pertama cacar monyet melibatkan seorang lelaki yang dijangkiti HIV dan sifilis, menurut pegawai kanan kesihatan.
Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Tares Krassanairawiwong berkata lelaki berusia 34 tahun itu telah dimasukkan ke hospital di wilayah Chon Buri pada 11 Julai dan disahkan menghidap cacar monyet seminggu kemudian.
Beliau berkata lelaki itu dibenarkan keluar dari hospital selepas berminggu-minggu menjalani rawatan, tetapi dimasukkan semula ke Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di wilayah Nonthaburi pada 9 Ogos selepas mengalami kesukaran bernafas dan keletihan.
"Doktor mendapati lelaki itu mempunyai ruam di seluruh badannya, selain jangkitan paru-paru dan otak. Beliau juga mengalami masalah kekurangan imun yang teruk.
"Pesakit menerima ubat di hospital, tetapi keadaannya semakin teruk. Beliau meninggal dunia pada 11 Ogos," katanya.
Dr Tares berkata terdapat sejumlah 189 kes cacar monyet dilaporkan di Thailand setakat ini, termasuk 28 warga asing. Tambahnya, 82 daripada mereka dijangkiti HIV.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#kematian pertama
#cacar monyet
#Dr Tares Krassanairawiwong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan