awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan tidak berkompromi terhadap ekstremisme agama
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Pilihan Raya DBKL: Adakah pemilihan jamin ketelusan, bebas pengaruh asing? - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand lulus bantuan 12.75 bilion baht kepada sektor getah

Bernama
Bernama
03/11/2015
14:54 MYT
Thailand lulus bantuan 12.75 bilion baht kepada sektor getah
Terdapat enam juta pekebun yang terlibat dalam perladangan getah dan kira-kira 1.8 juta penoreh getah. - Gambar Fail
Kabinet Thailand meluluskan pakej bantuan 12.75 bilion baht (RM1=8.30 baht) bagi membantu pekebun getah yang terjejas teruk berikutan harga rendah komoditi itu yang berpanjangan.
Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata bantuan tersebut bagi kawasan penanaman getah yang sah, dan pemilik tanah akan memperoleh 900 baht setiap rai (satu rai bersamaan 0.16 hektar) manakala penoreh getah akan mendapat 600 baht setiap rai.
Bantuan kewangan ini terhad kepada 15 rai setiap isi rumah, kata beliau selepas mesyuarat mingguan kabinet.
Bagi penoreh getah yang bekerja di ladang haram, beliau berkata pihak berkuasa berkenaan diminta meninjau cara yang sesuai untuk membantu mereka.
Jurucakap kerajaan, Kolonel Sansern Kaewkamnerd berkata langkah berkenaan akan membantu kira-kira 850,000 isi rumah.
Sebelum ini kerajaan menyediakan 1,000 baht setiap rai dan usaha berkenaan tidak dapat meliputi kesemua pekebun yang terlibat dalam sektor itu, kata Sansern.
Thailand hanya menggunakan 14 peratus daripada getah yang dihasilkan setahun dan dijangka mengeluarkan 4.0 juta tan tahun ini, susut berbanding 4.3 juta tan pada tahun lepas kerana kawasan penanaman yang lebih kecil.
Terdapat enam juta pekebun yang terlibat dalam perladangan getah dan kira-kira 1.8 juta penoreh getah.
Topic Berkaitan
#Getah
#Jeneral Prayuth Chan-ocha
#Kabinet Thailand
#komoditi
#Sansern Kaewkamnerd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan