BANGKOK: Kerajaan sementara Thailand menganjurkan mesyuarat tidak rasmi pada Isnin melibatkan negara yang terjejas akibat situasi di Myanmar untuk membantu menyokong usaha ASEAN menamatkan keganasan di negara jiran yang diperintah junta.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand (MFA) menyatakan mesyuarat tidak rasmi itu tidak diadakan dalam rangka kerja ASEAN.
Mesyuarat itu dijangka dihadiri wakil peringkat tinggi dari Laos, Kemboja, Myanmar, India, China, Brunei dan Vietnam.
Setakat ini tiga negara anggota utama ASEAN - Malaysia, Singapura dan Indonesia - menyatakan mereka tidak akan menyertai mesyuarat itu.
Kenyataan itu berkata Thailand telah memaklumkan Forum Serantau ASEAN (ARF) di Phnom Penh tahun lalu bahawa ia akan memajukan dialog dalam semua forum untuk mencari jalan menyelesaikan situasi di Myanmar secara aman, termasuk melalui dialog Track 1.5, yang terdiri daripada kerajaan dan akademik.
"Sebagai negara jiran yang berkongsi sempadan sepanjang 2,400 km dengan Myanmar, Thailand mahu melihat pemberhentian keganasan yang akhirnya akan membawa kepada keamanan dan kestabilan di dalam Myanmar.
Sementara itu pada Ahad, Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan dapat menghadiri perbincangan tidak rasmi mengenai Myanmar kerana komitmen terdahulu. Zambry akan berlepas ke Belanda pada Isnin untuk lawatan kerja dua hari.
Wisma Putra turut mengimbas kembali keputusan Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo baru-baru ini yang menegaskan bahawa Konsensus Lima Perkara sebagai rujukan dan mandat ASEAN yang sah dalam menangani isu Myanmar.
Dalam hal ini, Malaysia kekal menyokong usaha yang dijalankan oleh Pengerusi ASEAN khususnya Pejabat Duta Khas dalam mencari penyelesaian untuk Myanmar, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan.
Terdahulu pada Jumaat, Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan berkata 'adalah terlalu awal untuk terlibat semula dengan junta di peringkat sidang kemuncak atau malah di peringkat menteri luar' kerana tiada tanda-tanda penambahbaikan di Myanmar selepas lebih dua tahun.
Media sebelum itu melaporkan bahawa Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai dalam surat untuk penganjuran mesyuarat menteri tidak rasmi itu "untuk melibatkan semula sepenuhnya Myanmar di peringkat pemimpin"
Pembangkang Myanmar Kerajaan Perpaduan Nasional mengecam inisiatif Thailand.
"Menjemput junta dalam perbincangan itu tidak akan menyumbang kepada penyelesaian krisis politik Myanmar, sebaliknya akan menjejaskan perjuangan rakyat Myanmar untuk hak asasi manusia, keadilan dan demokrasi sekali gus merumitkan lagi masalah," katanya dalam satu kenyataan.
Tindakan kerajaan sementara Thailand untuk mengadakan mesyuarat itu juga menimbulkan keresahan di Thailand, memandangkan kerajaan baharu hanya akan mengangkat sumpah pada Ogos. Ini berikutan kemenangan mengejutkan blok pembangkang, diketuai oleh Parti Move Forward ke atas junta pro-tentera pada Pilihan Raya Umum 14 Mei.
Sejak junta menggulingkan kerajaan awam yang diketuai oleh Aung San Su Kyi dalam rampasan kuasa pada 1 Feb 2021, Myanmar menyaksikan pergolakan dengan pertempuran antara orang awam dan angkatan tentera secara kerap.
Bagaimanapun, terdapat sedikit kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan 5PC dan jeneral pemerintah Myanmar yang dihalang daripada menghadiri mesyuarat peringkat tinggi ASEAN kerana kegagalan mereka untuk menghormati perjanjian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Mesyuarat itu dijangka dihadiri wakil peringkat tinggi dari Laos, Kemboja, Myanmar, India, China, Brunei dan Vietnam. - Gambar fail/AFP/Nicolas ASFOURI
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.