awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand salur 3.6 juta baht, sokong tugas UNICEF di sempadan Myanmar

Bernama
Bernama
07/10/2023
03:52 MYT
Thailand salur 3.6 juta baht, sokong tugas UNICEF di sempadan Myanmar
Kementerian Luar Thailand menjelaskan sumbangan kewangan itu akan menyokong aktiviti UNICEF berkaitan imunisasi ibu dan anak, program WASH (Air, Sanitasi, dan Kebersihan), serta pemakanan di negeri Kayin dan Kayah Myanmar. - Gambar fail
BANGKOK: Thailand menyumbang 3.6 juta baht (100 baht = RM12.79) kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi menyokong program kemanusiaan khususnya dalam cabaran kesihatan awam di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Parnpree Bahiddha-Nukara menyampaikan sumbangan itu kepada Wakil UNICEF ke Thailand, Kyungsun Kim.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar menjelaskan sumbangan kewangan itu akan menyokong aktiviti UNICEF berkaitan imunisasi ibu dan anak, program WASH (Air, Sanitasi, dan Kebersihan), serta pemakanan di negeri Kayin dan Kayah Myanmar, yang bersempadan dengan Thailand.
"Ia menggariskan peranan konstruktif Thailand dalam menyokong kerja-kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta komitmen Thailand untuk menyokong usaha kemanusiaan di Myanmar.
"Ia juga akan membantu mengukuhkan sistem kesihatan awam di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar, yang akan memberi manfaat kepada rakyatnya yang tinggal di kawasan sempadan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#sumbangan kemanusiaan
#sempadan Myanmar
#Parnpree Bahiddha-Nukara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan