Skip to main content

Dunia

Thailand tingkat kesiapsiagaan banjir menjelang ramalan hujan lebat 4, 5 Okt

Gambar fail menunjukkan situasi banjir di Bangkok pada Jumaat, 25 September 2026. Kerajaan Thailand meningkatkan kesiapsiagaan banjir susulan ramalan hujan lebat pada 4 dan 5 Oktober di seluruh negara. -Foto AP
Gambar fail menunjukkan situasi banjir di Bangkok pada Jumaat, 25 September 2026. Kerajaan Thailand meningkatkan kesiapsiagaan banjir susulan ramalan hujan lebat pada 4 dan 5 Oktober di seluruh negara. -Foto AP

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan Thailand meningkatkan kesiapsiagaan banjir susulan ramalan hujan lebat pada 4 dan 5 Oktober di seluruh negara.
  • Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengarahkan semua agensi menyelaras bantuan kecemasan, terutama kepada golongan rentan dan kawasan terjejas.
  • Penduduk berhampiran sungai utama digesa bersedia berpindah, manakala pelepasan air empangan di Kanchanaburi ditingkatkan untuk elak limpahan.

BANGKOK: Kerajaan Thailand meningkatkan langkah kesiapsiagaan banjir di seluruh negara susulan ramalan hujan lebat pada 4 dan 5 Okt ini.

Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, mengarahkan semua agensi berkaitan menyelaraskan bantuan kecemasan dengan segera, khususnya bagi melindungi nyawa dan harta benda penduduk yang terjejas.

Beliau turut menekankan kepentingan bantuan disalurkan kepada golongan rentan termasuk warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU).

Langkah itu diambil selepas banjir yang berlaku sebelum ini menjejaskan lebih 1.14 juta isi rumah di 43 wilayah di negara berkenaan.

Setakat ini, banjir masih berlaku di 29 wilayah termasuk beberapa kawasan penempatan di sekitar Bangkok.

Anutin turut mengarahkan pihak berkuasa wilayah dan anggota tentera bekerjasama rapat bagi melancarkan operasi pemindahan dan pemulihan di kawasan terjejas.

Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penduduk, beliau mengarahkan penggunaan pendekatan komunikasi "satu kawasan, satu maklumat" bagi memastikan perkembangan terkini status paras air disalurkan secara seragam.

Agensi pengurusan air tempatan turut diarahkan menilai kapasiti takungan sedia ada bagi menghadapi risiko peningkatan aliran air dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Sebagai langkah awal, pelepasan air dari empangan di wilayah Kanchanaburi telah ditingkatkan bagi mengelakkan limpahan, yang dijangka meningkatkan paras Sungai Mae Klong sehingga 80 sentimeter.

Penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai utama turut digesa bersedia berpindah ke pusat pemindahan sementara sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah langkah yang diambil kerajaan Thailand bagi menghadapi ramalan hujan lebat pada 4 dan 5 Oktober? 
    A: Kerajaan Thailand meningkatkan kesiapsiagaan banjir di seluruh negara dan mengarahkan semua agensi berkaitan menyelaraskan bantuan kecemasan dengan segera.
  • Q: Siapakah golongan yang diberi keutamaan dalam penyaluran bantuan banjir? 
    A: Golongan rentan seperti warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) diberi keutamaan dalam penyaluran bantuan.
  • Q: Berapa banyak isi rumah dan wilayah yang telah terjejas akibat banjir sebelum ini? 
    A: Lebih 1.14 juta isi rumah di 43 wilayah telah terjejas akibat banjir sebelum ini.
  • Q: Apakah arahan yang diberikan kepada pihak berkuasa wilayah dan anggota tentera? 
    A: Mereka diarahkan bekerjasama rapat untuk melancarkan operasi pemindahan dan pemulihan di kawasan terjejas.
  • Q: Apakah langkah awal yang diambil bagi mengelakkan limpahan air empangan? 
    A: Pelepasan air dari empangan di wilayah Kanchanaburi telah ditingkatkan, yang dijangka meningkatkan paras Sungai Mae Klong sehingga 80 sentimeter.

Must Watch Video

Advertisement