DUNIA
Thailand tuduh Kemboja langgar gencatan senjata buat kali kedua dalam dua hari

Kenderaan perisai tentera (APC) dilihat di jalan raya berhampiran sempadan Thailand-Kemboja di wilayah Sisaket, sehari selepas pemimpin Kemboja dan Thailand capai persetujuan gencatan senjata pada Isnin. -Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Tentera Thailand menuduh pasukan Kemboja melanggar perjanjian gencatan senjata buat kali kedua dalam tempoh 48 jam, selepas insiden tembakan berlaku di tiga lokasi berasingan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan.
Ringkasan AI
- Tentera Thailand menuduh Kemboja melanggar gencatan senjata buat kali kedua dalam 48 jam selepas insiden tembakan di sempadan.
- Gencatan senjata dimeterai di Malaysia selepas lima hari pertempuran yang mengorbankan 43 nyawa dan memaksa 300,000 penduduk berpindah.
- Kemboja menafikan dakwaan dan menyeru pemerhati antarabangsa dihantar ke kawasan sempadan, dengan mesyuarat menteri pertahanan dijadualkan pada 4 Ogos.
Gencatan senjata yang berkuat kuasa mulai tengah malam Isnin lalu telah dimeterai hasil rundingan di Malaysia, selepas lima hari pertempuran sengit yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 nyawa dan memaksa lebih 300,000 penduduk berpindah dari kawasan sempadan.
Kemboja menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan merosakkan proses membina kepercayaan.
Jurucakap Kementerian Luar Kemboja, Chum Sounry, berkata negara itu menyokong mekanisme pemantauan bebas dan menyeru agar pemerhati antarabangsa dihantar ke kawasan sempadan.
Setakat ini, tiada laporan mengenai penggunaan artileri berat atau pengunduran tentera oleh mana-mana pihak.
Mesyuarat peringkat tinggi antara menteri pertahanan kedua-dua negara dijadualkan berlangsung pada 4 Ogos di Kemboja bagi membincangkan langkah lanjut meredakan ketegangan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami