PATTANI: Thailand mewujudkan "hospitel" berkonsepkan "family healing" khas untuk pesakit COVID-19 untuk memastikan mereka menerima rawatan yang selesa di sisi keluarga dan mempercepatkan proses pemulihan.
Lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini di empat wilayah selatan iaitu, Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla menyebabkan kekurangan katil di hospital.
Untuk menampung jumlah pesakit yang ramai khususnya di kalangan mereka daripada satu keluarga, Hospital Siroros di Pattani dengan kerjasama Hotel Park Intown dan Hotel Rainbow Mansion mewujudkan 'hospitel' iaitu menjadikan hotel sebagai hospital sementara.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Hospital Siroros Dr Abdul Qadir Yusuf berkata "hospitel" yang berkonsepkan 'family care' dan 'family healing' ini mendapat sambutan positif apabila pesakit dari satu keluarga ditempatkan di bilik khas dan mereka dapat memantau dan menjaga antara satu sama lain.
"Bilik khas untuk satu keluarga ini memudahkan pemantauan dan pada masa yang sama ia mewujudkan satu suasana yang lebih selesa kepada pesakit untuk menerima rawatan.
"Selain itu, apabila pesakit COVID-19 bersama ahli keluarga masing-masing, ia menjadi penguat semangat untuk melawan virus itu. Konsep family care dan family healing ini dapat mempercepatkan proses pemulihan pesakit," katanya kepada Bernama.
Beliau menambah bahawa pihak hospital juga membenarkan dua ahli keluarga (yang positif COVID-19) untuk menjaga pesakit kategori 4 dan 5.
"Hospitel" berkonsepkan family care dan family healing buka pintu untuk pesakit COVID-19 pada Jun tahun ini dan ia mendapat sambutan positif di kalangan pesakit dan keluarga.
Kini, Hospital Siroros dengan kerjasama pihak hotel telah mewujudkan tiga buah "hospitel" iaitu dua di Pattani dan satu lagi di Narathiwat.
Hospital Siroros akan membuka tiga lagi "hospitel" berkonsepkan family healing dalam tempoh terdekat iaitu di Betong, Yala, Songkhla dan Sg Kolok, Narathiwat.
Bagi pesakit COVID-19, Hama Chekteh, 62, bersama isteri dan tiga anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Siroros di Yala.
Hama yang terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan melahirkan perasaan syukur apabila mendapat rawatan bersama ahli keluarga dimana ia telah mempercepatkan proses pemulihannya.
"Ketika menerima rawatan di 'hospitel' khas, anak-anak sentiasa memeriksa suhu badan dan tahap oksigen. Mereka terus memberi kata-kata semangat dan perasaan gelisah dan risau terus hilang," katanya.
Dalam tempoh 24 jam yang lepas, Thailand mencatatkan 10,064 kes baharu COVID-19 dan 82 kematian.
Secara keseluruhan jumlah kes COVID-19 di Thailand adalah sebanyak 1,740,428 dan korban seramai 17,917.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
'Hospitel' Rainbow di Pattani, Selatan Thailand. --fotoBERNAMA
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Thailand wujudkan 'hospitel' berkonsepkan family healing, percepat proses pemulihan
Lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini di Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla menyebabkan kekurangan katil di hospital.