PENYOKONG calon Demokrat Hillary Clinton tetap berbangga dengan pencapaian beliau walaupun kekalahannya pada Selasa mengakhiri segala harapan untuk mencatat sejarah pentadbiran kerajaan AS diketuai oleh seorang presiden wanita.

Terkini, hashtag #ThankYouHillary ("Terima Kasih Hillary") kian mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya memuji Clinton kerana berjaya mencipta sejarah sebagai calon wanita pertama mewakili sebuah parti politik utama dan sekali gus memberi peluang kepada ahli politik wanita lain untuk beraksi di tahap itu dalam pilihan raya akan datang.

LAPOR LANGSUNG: Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS ke-45

“Satu hari nanti seorang wanita akan menjadi Presiden AS,” kata Nairn McDonald di Twitter.





“Saya memohon maaf, Amerika. Saya memohon maaf, dunia,” kata Jake Lloyd.


“Walau apa pun pandangan anda tentang Hillary, beliau akan dikenang sebagai antara ahli politik paling popular dalam sejarah Amerika,” kata SB.


Clinton turut mendapat sokongon pihak Trump dalam ucapan pertamanya setelah memenangi pilihan raya Presiden.

“Hillary telah berkhidmat untuk jangka masa lama, dan kita terhutang budi kepadanya atas khidmat yang diberikan kepada negara,” kata Trump.