SINGAPURA: Tharman Shanmugaratnam mengangkat sumpah sebagai presiden kesembilan Singapura pada majlis angkat sumpah yang diadakan di Istana pada Khamis (14 Sept).
Tharman memenangi pilihan raya Presiden dengan memperoleh 70.40 peratus iaitu kira-kira 2.5 juta undi pada 1 Sept.
Dalam ucapan sulungnya sebagai ketua negara, Tharman berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk mewakili Singapura dan mempromosikan kepentingan negara itu di luar negara selaras dengan objektif dan keutamaan kerajaan.
"Kita telah memasuki era ketidaktentuan global dan kerapuhan yang semakin meningkat," katanya.
Presiden itu berkata krisis Ukraine yang berterusan telah melanggar prinsip kedaulatan dan integriti wilayah negara-bangsa.
"Ekonomi utama telah beralih daripada perdagangan bebas dan aliran pelaburan. Kepercayaan strategik antara kuasa besar dunia dilihat berkurangan dengan hubungan AS-China yang paling bermasalah dalam tempoh beberapa dekad," katanya.
Justeru, beliau berkata Singapura mesti mencari jalan maju ke hadapan di tengah-tengah ketegangan global ini.
Sebagai presiden, Tharman berjanji untuk melaksanakan peranannya untuk mencerminkan nilai dan pandangan Singapura dan untuk meningkatkan kedudukannya di kalangan masyarakat .
Turut hadir pada majlis itu ialah Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon, isteri Tharman Jane Ittogi, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, dan menteri-menteri Kabinet.
Sementara itu, Lee berkata sebagai tambahan kepada tugas Tharman, beliau akan menjadi diplomat tertinggi Singapura yang mewakili negara di persada dunia.
"Saya berharap anda dapat membantu mengukuhkan hubungan kami dengan negara lain dan organisasi antarabangsa serta rakan kongsi, dan membuka peluang baharu di luar negara untuk rakyat dan perniagaan," kata Lee menerusi ucapannya pada majlis itu.
Lee berkata beliau yakin bahawa Tharman akan memenuhi peranan baharunya dengan cemerlang.
Seorang negarawan dan ahli ekonomi Singapura, Tharman, 66, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dan 2019, dan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet antara 2019 dan 2023.
Peranan beliau yang lain termasuk Pengerusi Monetary Authority of Singapore antara 2011 dan 2023, dan Timbalan Pengerusi GIC antara 2019 dan 2023.
Sebagai bekas anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang mentadbir Singapura, beliau adalah Ahli Parlimen (MP) yang mewakili bahagian Taman Jurong Jurong GRC antara 2001 dan 2023.
Pada Julai 2023, Tharman melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan dan meletak jawatan sebagai ahli PAP untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Tharman Shanmugaratnam mengangkat sumpah sebagai presiden kesembilan Singapura pada majlis angkat sumpah yang diadakan di Istana pada Khamis (14 Sept). - Foto Facebook/Tharman Shanmugaratnam
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
Tharman angkat sumpah sebagai presiden kesembilan Singapura
Tharman Shanmugaratnam mengangkat sumpah sebagai presiden kesembilan Singapura pada majlis angkat sumpah yang diadakan di Istana pada Khamis (14 Sept).
PM Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Singapura
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada bekas Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihan raya Presiden Singapura, Jumaat lepas.
Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura
PM Singapura, Lee Hsien Loong ucap tahniah kepada Tharman dan yakin bahawa presiden baharu itu akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.
Tharman dahului Pilihan Raya Presiden Singapura berdasarkan kiraan sampel
Tharman Shanmugaratnam mendahului dalam pemilihan presiden kesembilan Singapura dengan undian 70 peratus.
Bakal calon Presiden Singapura boleh mohon Sijil Kelayakan
Permohonan Sijil Kelayakan dan penyerahan akuan komuniti akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.
WEF 2022: Singapura fokus masa depan pengurusan air
Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam memberi fokus kepada masa depan pengurusan air Kota Singa itu ketika menyertai Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 di Davos, Switzerland.
Singapura bantu pekerja matang
Singapura melakukan usaha bersepadu untuk membantu pekerja pertengahan umur dan matang berikutan mereka mewakili 60 peratus daripada tenaga kerja republik itu.
Heng Swee Keat dilantik TPM Singapura berkuat kuasa 1 Mei
Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura berkata Heng kekal sebagai Menteri Kewangan dan akan terus mempengerusikan Majlis Ekonomi Masa Hadapan serta Yayasan Penyelidikan Kebangsaan.
Kedua-dua TPM Singapura berazam bekerjasama rapat dengan TPM baharu Malaysia
Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam berkata kerjasama dua hala antara Singapura dan Malaysia kini berada dalam keadaan kukuh.
Ceritalah ASEAN - Isu peralihan kepimpinan di Singapura: Panggilan untuk Tharman
selama ini, politik Singapura dilihat sebagai stabil. Singapura tidak pernah diancam oleh sebarang pergolakkan kuasa.