Theresa May pada Rabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Britain selepas terselamat daripada usul undi tidak percaya yang dicadangkan pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn.

May terselamat selepas 325 undi menyatakan keyakinan terhadap pentadbirannya berbanding 306 undi.

Memberi reaksi terhadap keputusan tersebut, May berjanji akan terus berusaha untuk menjayakan perjanjian Brexit dan akan menyampaikan hasil referendum.

May juga menyeru para pemimpin untuk mengadakan pertemuan dengannya berhubung isu sama dan meminta agar semua pihak memberi kerjasama kepada usaha mencari penyelesaian.

Sesi pengundian yang berlangsung pada Selasa menyaksikan perjanjian Brexit terkandas di Parlimen Britain.

Susulan itu, Corbyn mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan May.