NEW YORK: Pegawai polis yang dipaparkan menjatuhkan dan memegang Daniel Prude dalam keadaan tidak berpakaian serta bergari di tepi jalan pada musim sejuk lalu, sehingga menyebabkan mangsa berhenti bernafas, tidak akan menghadapi tuduhan jenayah, menurut keputusan juri yang diumumkan pada Selasa.
Kematian lelaki kulit hitam berusia 41 tahun pada Mac lalu, mencetuskan tunjuk perasaan di Rochester, New York, selepas video kejadian berkenaan dipaparkan hampir enam bulan kemudian.
Peguam, Letitia James menyatakan "sistem keadilan perlukan reformasi."
"Walaupun saya kenali keluarga Prude, komuniti sekitar Rochester dan masyarakat keseluruhannya kecewa, kita harus menghormati keputusan ini.
"Satu transformasi besar diperlukan, bukan hanya di Jabatan Polis Rochester, tetapi bagi sistem keadilan kita secara keseluruhan," kata James dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Peguam bagi tujuh pegawai polis yang digantung tugas susulan kematian Prude mengatakan kesemua pegawai terbabit melakukan apa yang dipelajari dalam latihan mereka, menggunakan teknik yang dipanggil sebagai "segmenting".
Mereka mendakwa penggunaan dadah PCP oleh Prude, yang menyebabkan tingkah laku menjadi tidak rasional, adalah "punca sebenar" kematiannya.
Video yang disiarkan pada 4 September menunjukkan Prude digari dalam keadaan berbogel dengan spit hood di kepalanya ketika seorang pegawai menolak mukanya ke tanah, sementara seorang pegawai lain menekan lutut di bahagian belakangnya.
Situasi itu berlaku selama kira-kira dua minit, mengakibatkan Prude berhenti bernafas. Prude berada di hospital selama seminggu sebelum mesin sokongan hayatnya dihentikan.
Pasukan perubatan mengklasifikasikan kematiannya sebagai "komplikasi asphyxia dalam keadaan pengekangan fizikal" dan menyebut PCP sebagai faktor penyumbang.
Keluarga Prude mengemukakan tuntutan mahkamah persekutuan yang mendakwa jabatan polis cuba menutup punca sebenar kematiannya.
Kesemua pegawai polis terbabit, Troy Taladay, Paul Ricotta, Francisco Santiago, Andrew Specksgoor, Josiah Harris dan Mark Vaughn, bersama dengan Sgt. Michael Magri, digantung tugas.
Astro Awani
Tue Feb 23 2021
Joe Prude (kanan) bapa saudara Daniel Prude, dan anak saudaranya, Daniel Armin, berdiri di samping gambar Daniel Prude di Rochester. - Foto fail/AP Newsroom
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada dakwaan terhadap pegawai polis yang terlibat dalam kematian Daniel Prude
Kematian lelaki kulit hitam berusia 41 tahun pada Mac lalu mencetuskan tunjuk perasaan di Rochester, New York.
Kematian lelaki kulit hitam, tujuh anggota polis digantung tugas
Daniel Prude meninggal dunia pada 30 Mac setelah alat bantuan pernafasannya ditanggalkan beberapa hari selepas kejadian dia dikasari anggota polis tersebut.