Skip to main content

Dunia

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden letupan di Beirut - Hishammuddin

61584840461_corruptionfreepled.jpg
61584840461_corruptionfreepled.jpg
Advertisement
Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden letupan dahsyat yang menggegarkan ibu kota Beirut pada Selasa.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berdasarkan laporan awal daripada Perwakilan Malaysia di Beirut, semua rakyat Malaysia di Lubnan selamat dan dinasihatkan agar terus kekal berada di rumah masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa sedih dengan insiden yang mengorbankan sekurang-kurangnya 79 penduduk tempatan dan mencederakan lebih 4,000 yang lain.

"Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat  Lubnan yang kita percaya amat tabah mendepani ujian ini.

"InsyaAllah, Malaysia akan bantu apa sahaja yang terdaya," katanya dalam hantaran Facebook beliau pada Rabu.

 
Sumber Facebook HishammuddinH2O

Kejadian pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) di gudang dekat pelabuhan itu menjejaskan beratus-ratus kediaman dan bangunan berhampiran, termasuk kediaman bekas perdana menteri Saad Hariri. 

Kementerian Dalam Negeri dalam pada itu memaklumkan gudang itu dipercayai menyimpan ammonium nitrat secara haram sejak enam tahun lalu.

Antara yang terbunuh adalah Setiausaha Agung Parti Kataeb, Nazar Najarian.

Sementara itu, Perdana Menteri, Hassan Diab menyifatkan kejadian itu sebagai ‘malapetaka’ dan individu bertanggungjawab akan dikenakan tindakan tegas.

Must Watch Video

Advertisement