awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump

Bernama
Bernama
04/03/2025
22:40 MYT
Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Pada awal Februari, Trump mengumumkan, tarif import AS sebanyak 25 peratus akan dikenakan ke atas semua barangan dari Kanada, kecuali sumber tenaga yang dikenakan kadar 10 peratus. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Selasa, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Jika syarikat berpindah ke Amerika Syarikat, tiada tarif!" tulis Trump dalam hantaran di Truth Social.
Terdahulu, White House mengesahkan, AS akan meneruskan pelaksanaan tarif yang telah diumumkan sebelum ini ke atas barangan yang diimport dari Kanada dan Mexico.
Pada awal Februari, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari Kanada, Mexico dan China.
Tarif import AS sebanyak 25 peratus akan dikenakan ke atas semua barangan dari Kanada, kecuali sumber tenaga yang dikenakan kadar 10 peratus.
Minggu lepas, Trump mengesahkan tarif ke atas Kanada akan mula berkuat kuasa pada 4 Mac seperti yang dirancang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Amerika Syarikat
#Donald Trump
#tarif
#syarikat asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan