awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak mampu bayar ambulans, jenazah bayi dibawa 100KM dengan motosikal

Agensi
Agensi
21/03/2018
04:11 MYT
Tidak mampu bayar ambulans, jenazah bayi dibawa 100KM dengan motosikal
Pasangan itu yang menderita lumpuh selama 15 tahun telah menunjukkan sijil kurang upaya tetapi pihak hospital tetap menolak alasan itu. -Foto Kompas.com
Sebuah keluarga berhadapan detik yang menyedihkan apabila bayi mereka meninggal dunia selepas lima hari dilahirkan.
Lebih memilukan, jenazah terpaksa dibawa menaiki motosikal kerana mereka tidak mampu menampung kos untuk khidmat ambulans.
Menurut Kompas.com, bayi perempuan itu meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital awam di daerah Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.
Ketua Desa Waro, M Ali berkata pihak hospital tetap meminta bayaran jika mahu menggunakan perkhidmatan mereka walaupun kenderaan itu tidak digunakan.
“Jarak dari hospital ke rumah jenazah adalah kira-kira 100 kilometer dan pasangan suami isteri itu tiada pilihan lain selain membawa jenazah anaknya menaiki motosikal kerana tidak mampu untuk membuat bayaran seperti diminta,” tambahnya.
Katanya lagi, Jufrin dan isterinya Suhadah yang turut menderita lumpuh selama 15 tahun dan telah menunjukkan sijil kurang upaya tetapi pihak hospital tetap menolak alasan itu.
“Sebelum itu, jenazah bayi tersebut ditahan di hospital atas sebab bil hospital yang belum dibayar dan pasangan itu juga berasa sangat kecewa atas layanan pihak hospital kerana enggan bertolak ansur,” tambah M Ali.
Susulan insiden itu, pentadbir hospital berkenaan telah berkunjung ke rumah keluarga tersebut bagi memohon maaf atas tindakan mereka.
Pihak hospital turut memberi pampasan kepada keluarga itu selain melahirkan rasa kesal terhadap kejadian yang menimpa keluarga itu.
Topic Berkaitan
#bayi
#Hospital
#jenazah
#meninggal dunia
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan