Skip to main content
Advertisement

Dunia

AS tidak serang Iran sepenuhnya kerana pemilihan pertengahan penggal - Trump

U.S. President Donald Trump arrives on stage at the Republican National Midterm Convention in Dallas, Texas, U.S., September 9, 2026. REUTERS/Evan Vucci
Trump mengulangi ramalannya bahawa perang akan berakhir sejurus selepas pilihan raya sambil menyatakan bahawa ia juga boleh berakhir sebelum itu. - Gambar/ Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Khamis, negara itu tidak menyerang Iran "sepenuhnya" disebabkan oleh pilihan raya pertengahan penggal, 3 Nov ini, meramalkan bahawa perang akan berakhir selepas pemilihan berkenaan atau mungkin sebelum itu lagi, lapor Anadolu Ajansi.

Ditanya dalam temu bual Fox News berhubung gesaan agar AS "berperang sepenuhnya" dalam perang Iran, Trump menyebut pilihan raya pertengahan penggal akan datang.

"Baiklah, mungkin saya tidak berbuat demikian kerana pilihan raya," katanya.

Beliau mengulangi ramalannya bahawa perang akan berakhir sejurus selepas pilihan raya sambil menyatakan bahawa ia juga boleh berakhir sebelum itu.

"Mereka sedang pincang. Mereka berdepan masalah besar," katanya.

Ketika ditanya bagaimana Iran masih mempunyai peluru berpandu jika telah dimusnahkan AS, Trump menjawab dengan menekankan bahawa Iran sentiasa berkeupayaan untuk melancarkan peluru berpandu.

Trump juga berkata beliau tidak menyesali tentang bagaimana perang Iran telah berlangsung.

"Sekiranya saya perlu melakukannya sekali lagi, saya akan melakukan seperti yang saya lakukan," tambahnya.

Trump mendakwa beliau melumpuhkan keupayaan nuklear Iran dan mendakwa mereka akan menggunakannya.

"Mereka akan menghapuskan Israel. Mereka akan menghapuskan Timur Tengah (Asia Barat) dan mereka akan mula menyerang beberapa bandar kita," katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement