awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak tahan dibuli, pelajar baring atas landasan kereta api sebelum digilis

Agensi
Agensi
18/07/2019
02:02 MYT
Tidak tahan dibuli, pelajar baring atas landasan kereta api sebelum digilis
Lebih tragis lagi apabila Sam sebelum itu sempat meminta rakannya memegang beg sekolah dan telefon bimbitnya sebelum kematian kanak-kanak itu berlaku di hadapan sekitar 50 orang rakan sekolahnya. - Gambar hiasan
Baring di atas landasan kereta api sebelum maut digilis kereta api akibat tidak tahan dibuli di sekolah.
Itu yang berlaku ke atas seorang murid, Sam Connor, sembilan tahun dalam satu kejadian berhampiran stesen kereta api Chertsey, Surrey, England pada Isnin.
Lebih tragis lagi apabila Sam sebelum itu sempat meminta rakannya memegang beg sekolah dan telefon bimbitnya sebelum kematian kanak-kanak itu berlaku di hadapan sekitar 50 orang rakan sekolahnya.
Menurut keterangan keluarga mangsa kepada The Sun, Sam mendakwa dibuli di sekolah.
“Ramai lagi pelajar menjadi mangsa buli, namun apa yang berlaku kepada Sam mungkin sangat teruk dan sukar baginya,” katanya.
Dalam pada itu, Sam amat dikenali sebagai seorang murid yang bijak dan popular dan rakan yang baik.
Seorang rakan Sam memberitahu, dia sukar untuk menyatakan emosinya yang terlalu kecewa dan sedih.
Sementara itu, seorang pekerja kedai berhampiran mengakui mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak sekolah itu.
“Saya membayangkan telefon bimbit kanak-kanak itu terjatuh ke atas landasan kereta api kerana mereka terus merenung ke arah itu.
“Kami lihat ada pelajar perempuan yang menangis manakala pelajar lelaki pula melutut sambil memanggil nama Sam, Sam,” jelasnya.
Sekolah berkenaan melaporkan mereka amat berduka dengan pemergian Sam dan memanggil pakar psikologi pendidikan untuk membantu pelajar yang bermasalah bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang. - Agensi
Topic Berkaitan
#buli
#England
#kereta api
#maut
#maut digilis
#sekolah
#Surrey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan