awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga cedera dalam serangan pisau di stesen kereta api Osaka

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2023
04:30 MYT
Tiga cedera dalam serangan pisau di stesen kereta api Osaka
Dalam insiden yang dilapor berlaku pada kira-kira jam 10.30 pagi itu, seorang daripada mangsa turut ditikam suspek lelaki ketika berada di dalam tren. -Gambar hiasan/Sinar Harian
TOKYO: Sekurang-kurangnya tiga penumpang cedera selepas diserang menggunakan pisau dalam kejadian di stesen kereta api di selatan Osaka, Jepun.
Dalam insiden yang dilapor berlaku pada kira-kira jam 10.30 pagi Ahad itu, seorang daripada mangsa turut ditikam suspek lelaki ketika berada di dalam tren.
Pasukan keselamatan menerima panggilan kecemasan daripada atendan stesen West Japan Railway (JR West) di Stesen Bandar Rinku di bandar Izumisano, Wilayah Osaka yang memaklumkan beberapa mangsa telah ditikam, lapor NHK.
Mangsa, konduktor kereta api berusia 20-an dan dua lelaki lain, berusia dalam lingkungan 20-an dan lingkungan 70-an, telah dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suspek, Kazuya Shimizu, 37, berjaya ditahan di platform stesen kereta api dan bakal didakwa atas cubaan membunuh.
Shimizu yang mengaku melakukan serangan itu dipercayai membawa bersamanya tiga bilah pisau semasa serangan, lapor Kyodo, yang memetik sumber polis.
Motif serangan sedang disiasat.
Topic Berkaitan
#Jepun
#serangan pisau
#mangsa cedera ditikam
#Kazuya Shimizu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan