Skip to main content

Malaysia

Fahmi jumpa Yusof Haslam, M Nasir bincang masa depan filem dan muzik tempatan

Fahmi (tengah) menerima kunjungan Yusof Haslam (dua dari kiri) dan M Nasir (dua dari kanan) pada Selasa. - Gambar Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi (tengah) menerima kunjungan Yusof Haslam (dua dari kiri) dan M Nasir (dua dari kanan) pada Selasa. - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan dua personaliti tersohor industri kreatif negara, Datuk Yusof Haslam dan Datuk M. Nasir, bagi membincangkan hala tuju serta masa depan industri filem dan muzik Malaysia.

Menerusi hantaran di media sosial pada Selasa, Fahmi berkata, pertemuan bersama Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan maestro muzik tanah air itu turut menyentuh usaha memperkukuh bakat serta karya tempatan agar industri kreatif negara terus berkembang dan berdaya saing.

Menurut beliau, Kerajaan MADANI komited untuk terus menyokong penghasilan kandungan tempatan selain membantu lebih banyak karya serta harta intelek (IP) Malaysia menembusi pasaran antarabangsa.

"Kerajaan MADANI akan terus menyokong kandungan tempatan dan membantu lebih banyak karya serta IP Malaysia menembusi pasaran antarabangsa," katanya.

Fahmi berkata, perkembangan semasa industri filem dan muzik tempatan juga antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

Beliau menegaskan, sokongan berterusan terhadap sektor kreatif penting bagi memastikan karya tempatan bukan sahaja mendapat tempat di dalam negara, malah mampu menembusi pasaran global.

Must Watch Video

Advertisement