awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2024
23:00 MYT
Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hospital Sainte Therese di pinggir kawasan selatan Beirut melaporkan terdapat kerosakan besar pada bangunan hospital akibat pengeboman oleh Israel. - Foto STMC
BEIRUT: Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut umum pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Dalam kenyataan disiarkan agensi berita nasional, Hospital Sainte Therese (STMC) di pinggir kawasan selatan Beirut melaporkan terdapat kerosakan besar pada bangunan hospital akibat pengeboman oleh Israel di kawasan berhampiran sekaligus mengakibatkan khidmatnya terpaksa dihentikan.
Selain itu, dua hospital di selatan negara itu turut melaporkan bahawa perkhidmatan mereka terpaksa dihentikan.
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman pula bertindak melancarkan serangan berkala ke atas Israel sepanjang tempoh itu dan mengganggu perkapalan di Laut Merah, sebagai tanda solidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.
Israel dengan pantas meningkatkan serangannya terhadap Hezbollah dua minggu lalu, membunuh sebahagian besar kepimpinan kumpulan itu, dengan tujuan menjadikan kawasan utaranya selamat bagi penduduk untuk kembali ke rumah mereka.
Topic Berkaitan
#Hospital
#serangan
#Israel
#beirut
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan