Skip to main content

Dunia

Tiga mati dalam insiden tembakan di Switzerland

Advertisement

Seorang lelaki mengamuk di sebuah kampung di Switzerland, menembak mati tiga perempuan dan mencederakan dua lelaki.

Dia kemudian ditembak oleh polis sebelum ditangkap. Kejadian berlaku pada Rabu pukul 9 malam waktu tempatan.

Polis tiba ti tempat kejadian 15 minit selepas mendapat laporan. Lelaki itu menggunakan sepucuk raifel yang digunakan oleh tentera dan boleh dibeli di pasaran.

Siasatan awal mendapati lelaki itu mengenali beberapa mangsa, namun belum dapat dipastikan kenapa dia mengamuk.

Lelaki itu juga pernah menjalani rawatan jiwa tujuh tahun yang lalu. Semua mangsa meninggal dunai di tempat kejadian.

Must Watch Video

Advertisement