awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, puluhan cedera dalam kebakaran hospital di Jerman

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2025
10:20 MYT
Tiga maut, puluhan cedera dalam kebakaran hospital di Jerman
Tiga pesakit maut dan lebih 50 cedera dalam kebakaran di Hospital Marienkrankenhaus, Hamburg, Jerman, awal pagi Ahad. -AP
HAMBURG: Tiga pesakit maut manakala lebih 50 yang lain cedera dalam kebakaran di Hospital Marienkrankenhaus, Hamburg, Jerman awal pagi Ahad.

Ringkasan AI
  • Tiga pesakit maut dan lebih 50 cedera dalam kebakaran di Hospital Marienkrankenhaus, Hamburg, Jerman, awal pagi Ahad.
  • Kebakaran bermula di tingkat bawah wad geriatrik dan merebak ke luar bangunan, menyebabkan pemindahan besar-besaran pesakit dan kakitangan hospital.
  • Api berjaya dipadam dalam 20 minit, namun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian, sementara pesakit yang cedera dirawat di hospital berdekatan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kebakaran bermula di tingkat bawah wad geriatrik sebelum merebak ke bahagian luar bangunan.
Jabatan Bomba Hamburg menerima panggilan kecemasan sejurus selepas tengah malam dan operasi menyelamat berskala besar segera dilancarkan.
Asap tebal menyelubungi keseluruhan bangunan, menyebabkan pasukan penyelamat bertindak pantas untuk memindahkan pesakit dan kakitangan hospital ke tempat selamat.
Dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, sementara 16 orang mengalami kecederaan serius dan 36 lagi cedera ringan.
Api berjaya dipadam sepenuhnya dalam tempoh 20 minit, namun sebahagian premis hospital terpaksa dikosongkan, dan pesakit yang cedera menerima rawatan di hospital berdekatan.
Pihak berkuasa Jerman sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Topic Berkaitan
#Hospital Marienkrankenhaus
#wad geriatrik
#pesakit dan kakitangan hospital
#Tiga pesakit maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan