Tiga penonton sebuah acara keramaian pada Jumaat malam di Surabaya, Indonesia maut apabila terjatuh dari bahu landasan kereta api yang setinggi kira-kira 5 meter.
Ketua Polis Surabaya Rudi Setiawan memberitahu, insiden itu terjadi apabila sebuah kereta api melalui landasan itu yang sesak dengan penonton yang mahu menyaksikan acara ‘Drama Surabaya Membara’ tersebut dengan lebih dekat.
"Ada orang yang menonton dari landasan dan kemudian ada kereta api yang melaluinya,” ujar Rudi tentang kejadian di Jalan Pahlawan itu seperti dilaporkan Detik.com.
Sebuah video rakaman insiden itu telah tular di media sosial, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima orang terjatuh sewaktu kereta api tersebut bergerak di atas landasan itu.
Rudi seterusnya memberitahu, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan tentang jumlah sebenar individu yang terjatuh serta punca kejadian.
Beberapa orang juga mengalami kecederaan dan telah digegaskan ke hospital berdekatan.
Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Trafik Surabaya, Antara dilaporkan berkata, seorang mangsa maut akibat dilanggar kereta api semasa di atas landasan sementara dua lagi akibat terjatuh dari landasan tinggi itu.
Media tempatan melaporkan, petugas acara di kawasan itu telahpun menasihatkan orang ramai supaya tidak menyaksikan acara tersebut dari atas landasan itu, namun peringatan itu tidak diendahkan.
Kemalangan itu disebabkan oleh situasi bersesakan di bahu landasan tersebut, hingga mereka saling bertolakan ketika cuba mencari ruang selamat sewaktu kereta api melaluinya.
Agensi
Fri Nov 09 2018
Imej dari sebuah rakaman amatur sewaktu insiden penonton terjatuh dari atas landasan kereta api. - YouTube: SuryaTV
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Tiga maut terjatuh dari landasan kereta api di Surabaya
Orang ramai sudah dinasihatkan supaya tidak menyaksikan acara tersebut dari atas landasan itu, namun peringatan itu tidak diendahkan.