awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India

Bernama
Bernama
24/11/2024
21:15 MYT
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Ahli Parlimen Sambhal, Ziaur Rehman Barq, mengecam tindakan polis India yang didakwa menyebabkan kematian tiga pemuda Islam. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Tiga pemuda Islam terbunuh akibat tembakan polis di bandar Sambhal, utara India, pada Ahad semasa pegawai menjalankan "tinjauan" ke atas masjid besar bersejarah berusia berabad-abad itu.
Polis berkata "tinjauan" itu dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam tempatan mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Umat Islam mengecam tindakan itu sebagai provokasi dan percubaan oleh radikal Hindu untuk mencetuskan ketegangan di bandar majoriti Muslim yang terletak kira-kira 150 kilometer dari New Delhi.
Ini merupakan tindakan kedua seumpamanya dalam tempoh beberapa hari oleh pihak berkuasa tempatan dengan kehadiran polis yang ketat.
Ketegangan telah memuncak di bandar itu sejak "tinjauan" pertama terhadap Masjid Shahi Jama yang dibina pada abad ke-16 pada 19 Nov lepas.
Ahli Parlimen yang mewakili Sambhal, Ziaur Rehman Barq, mengecam tindakan polis yang menyebabkan kematian tiga pemuda itu.
Seorang saksi berkata ramai yang cedera dalam pertempuran itu dan pihak polis menyekat jalan ketika ketegangan semakin memuncak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#tembakan polis
#tinjauan
#masjid bersejarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan