LAS PALMAS: Tiga lelaki ditemui duduk di bahagian kemudi sebuah kapal tangki yang berlayar selama 11 hari dari Nigeria.
Penemuan menggemparkan itu dibuat pengawal pantai Sepanyol yang menunjukkan tindakan berani mati ketiga-tiga lelaki itu memandangkan jarak kaki mereka dengan permukaan air hanya kurang dari satu meter.
"Mereka telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut sejurus kapal tangki Althini II itu tiba di Gran Canaria," kata jurucakap pihak berkuasa sambil menambah tidak dapat dipastikan jika mereka 'bertenggek' di kemudi tersebut sepanjang pelayaran sejauh lebih 5,000 kilometer dari bandar Lagos.
Difahamkan, ia bukanlah pertama kali 'penumpang' dijumpai di kemudi yang berbentuk sirip besar seperti bilah di bahagian bawah kapal.
Pada 2020, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mendedahkan dia menghabiskan masa selama 15 hari 'menumpang' di kemudi sebuah kapal tangki juga dari Lagos ke Gran Canaria.
Ketika ditemu bual oleh akhbar El Pais, dia mendakwa hanya minum air laut dan bergilir-gilir tidur di dalam sebuah lubang pada kemudi tersebut dengan seorang lagi penumpang.
Jumlah migran yang sanggup bergadai nyawa meredah perjalanan berbahaya dari Afrika barat ke Kepulauan Canary di Sepanyol dilaporkan telah meningkat secara ketara sejak beberapa tahun lalu.
Pada 2021, Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) merekodkan 1,532 kematian akibat 'perjalanan berbahaya' tersebut. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Wed Nov 30 2022
Ketiga-tiga lelaki itu dirawat kerana mengalami dehidrasi. -Foto Agensi
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Letupan di kilang penapisan minyak haram di Nigeria ragut 37 nyawa
Letupan di kilang penapisan minyak haram di wilayah Delta Niger mengorbankan sekurang-kurangnya 37 nyawa pada Selasa.
Lelaki bersenjata culik 25 ahli koir gereja di Nigeria
Sekurang-kurangnya 25 ahli kumpulan koir gereja diculik oleh lelaki bersenjata di Ondo, Nigeria, kata polis tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.
10 terbunuh dalam serangan Boko Haram
Organisasi pengganas itu menyasarkan pekerja di ladang, dengan sembilan lagi mangsa diculik.
Sekurang-kurangnya 23 pengganas Boko Haram terbunuh di Nigeria
Selain 23 pengganas maut, ramai juga yang melarikan diri dengan kecederaan selain 41 tebusan diselamatkan.
20 maut dalam letupan ketika cedok minyak dari lori tangki
Sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar, dipercayai akibat percikan dari telefon yang dipegang oleh seorang daripada mangsa.
Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.
Serangan bersenjata ragut 21 nyawa di Plateau, Nigeria
Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam insiden serangan bersenjata di Plateau, di Nigeria baru-baru ini, kata seorang pegawai pada Selasa, lapor Xinhua.
Bot karam di Nigeria, 17 kanak-kanak terkorban
Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak maut apabila bot yang mereka naiki terbalik di Sungai Dandeji di Nigeri pada Selasa, lapor Anadolu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.