Skip to main content

Dunia

Tiga terbunuh, AS lancar serangan ke atas kapal di Timur Pasifik

On April 26, at the direction of #SOUTHCOM commander Gen. Francis L. Donovan, Joint Task Force Southern Spear conducted a lethal kinetic strike on a vessel operated by Designated Terrorist Organizations. Intelligence confirmed the vessel was transiting along known narco-trafficking routes in the Eastern Pacific and was engaged in narco-trafficking operations. Three male narco-terrorists were killed during this action. No U.S. military forces were harmed.
Maklumat risikan mengesahkan kapal berkenaan berada di laluan penyeludupan narkotik yang dikenal pasti dan “terlibat dalam operasi pengedaran narkotik.” - Foto X/@Southcom

ANKARA: Komando Selatan Amerika Syarikat (SOUTHCOM) pada Ahad mendakwa sebuah kapal yang dikaitkan dengan penyeludupan narkotik diserang di Timur Pasifik, mengakibatkan tiga orang terbunuh, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Operasi pada 26 April itu dilaksanakan atas arahan Komander SOUTHCOM Jeneral Francis L. Donovan, menurut kenyataan SOUTHCOM menerusi platform X.

Advertisement

Ia berkata Pasukan Petugas Bersama Southern Spear melancarkan “serangan kinetik maut” terhadap sebuah kapal yang didakwa dikendalikan oleh pertubuhan pengganas yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, maklumat risikan mengesahkan kapal berkenaan berada di laluan penyeludupan narkotik yang dikenal pasti dan “terlibat dalam operasi pengedaran narkotik.”

“Tiga lelaki terbunuh dalam tindakan ini,” menurut komando itu.

SOUTHCOM berkata tiada anggota tentera AS cedera dalam operasi berkenaan.

Tiada butiran lanjut diberikan mengenai lokasi sebenar serangan, identiti pihak yang terlibat atau jenis kapal yang disasarkan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video