DUNIA
Tiga termasuk kanak-kanak maut pesawat ringan terhempas atas kereta

Pegawai NTSB lakukan penyiasatan di tempat pesawat ringan terhempas berdekatan Lapangan Terbang North Perry pada 16 Mac 2021. - Foto AP
FLORIDA: Tiga individu maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke atas sebuah kereta di Florida pada Isnin.
Nahas tersebut berlaku sejurus selepas pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang North Perry, kata Jabatan Bomba Pembroke Pines kepada CBS Miami.
Pesawat tersebut terhempas ke atas sebuah kereta SUV yang dinaiki seorang wanita dan kanak-kanak lelaki, kata polis.
Kanak-kanak berusia empat tahun tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan namun meninggal dunia semasa terima rawatan.Kedua-dua penumpang pesawat berkenaan pula maut di tempat kejadian.
Setakat ini polis tidak mendedahkan identiti atau umur mangsa lain yang berlibat dalam kejadian itu namun berkata siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca nahas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami