BEKAS rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner memberi kenyataan bahawa "sikap tamak dan kemahuan tinggi" mendorong penglibatannya dalam skandal rasuah ratusan juta dolar daripada 1MDB.

Leissner merupakan saksi utama dalam pendakwaan bersubahat bersama Roger Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia atas tuduhan pengubahan wang dan melanggar undang-undang antirasuah.

Memetik laporan Reuters, Leissner memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ng merupakan jurubank utama Goldman di 1MDB dan telah menjalin hubungan dengan Jho Low pada 2018.

Jelas Leissner lagi, dengan membawa masuk perniagaan 1MDB kepada Goldman yang akhirnya menjual bon bernilai A$6.5 bilion dan memperoleh bayaran A$600 juta serta-merta menjadikan mereka 'wira' dalam bank itu.

"Ketamakan dan kemahuan tinggi" mendorong dirinya terlibat dalam kes tersebut yang turut menghancurkan kehidupannya.

Perbicaraan tersebut bermula Isnin lepas di mahkamah Brooklyn.

Memetik laporan Reuters, pendakwa raya berkata Ng, 49, menerima berjuta-juta wang sogokan kerana membantu menggelapkan dana daripada 1MDB.

Ng bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan tersebut.

Leissner, 51, pada 2018 mengaku bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah pada 2018 dan bersetuju untuk bekerjasama dengan siasatan kerajaan.

Ng mengaku tidak bersalah dan peguam belanya Marc Agnifilo berkata, Ng tidak terlibat dalam peranan yang didakwa dilakukan oleh Leissner dan Jho Low.

Low, tertuduh dalam skandal itu, sudah didakwa di Amerika Syarikat (AS) bersama Ng pada 2018.

Dia belum ditangkap pihak berkuasa AS atau Malaysia dan peguamnya tidak menjawab permintaan untuk memberikan komen.