awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan PM Pakistan dakwa penyokong Imran Khan cuba cetuskan kekacauan di ibu negara

Bernama
Bernama
30/11/2024
12:56 MYT
Timbalan PM Pakistan dakwa penyokong Imran Khan cuba cetuskan kekacauan di ibu negara
Ishaq Dar pada Sabtu mendakwa penyokong bekas perdana menteri yang dipenjarakan, Imran Khan cuba mencetuskan kekacauan di ibu negara. - Reuters
NEW DELHI: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar, pada Sabtu mendakwa penyokong bekas perdana menteri yang dipenjarakan, Imran Khan cuba mencetuskan kekacauan di ibu negara dan memuji pihak penguat kuasa undang-undang kerana berjaya menggagalkan protes di zon keselamatan sensitif Islamabad.
Pemimpin parti Imran mendakwa tindakan keras dan kekejaman dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan yang merempuh sekatan jalan untuk memasuki D-Chowk, sebuah dataran yang menjadi pintu masuk ke kawasan berkeselamatan tinggi yang menempatkan bangunan penting kerajaan termasuk Parlimen dan Pejabat Perdana Menteri.
"Kisah mengenai luka tembakan dan dakwaan tembakan rambang oleh pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang adalah fitnah dan sama sekali tidak benar," kata Dar dalam satu hantaran di media sosial.
"Penunjuk perasaan yang kononnya aman itu datang dengan bersenjata berat dan membawa kanister gas pemedih mata," katanya.
Antara yang mengetuai penunjuk perasaan ialah Ketua Menteri Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Ali Amin Gandapur dan isteri Imran, Bushra Bibi.
Bekas perdana menteri yang sedang menghadapi pelbagai tuduhan jenayah termasuk rasuah dan keganasan itu telah menyeru perhimpunan besar-besaran di Islamabad sebagai "panggilan terakhir" untuk mendesak pembebasannya selepas lebih setahun dipenjara.
"Gerombolan itu bertekad untuk mencetuskan kekacauan dan sanggup membunuh. Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang kami menunjukkan kesabaran maksimum walaupun ada dalam kalangan mereka yang maut," kata Dar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyokong Imran Khan
#kekacauan
#Ishaq Dar
#Islamabad
#Pakistan
#politik pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan