awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN Oktober ini

Faida Rahim
Faida Rahim
27/05/2025
11:38 MYT
Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN Oktober ini
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi ASEAN ketika sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN 2025, hari ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Timor-Leste akan diterima sebagai anggota penuh ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2025.

Ringkasan AI
  • Timor-Leste akan diterima secara rasmi sebagai anggota penuh ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN Oktober 2025, setelah dipersetujui oleh semua negara anggota.
  • Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara lain membantu Timor-Leste memenuhi syarat keanggotaan, dengan hanya satu atau dua perkara teknikal yang masih perlu diselesaikan.
  • Timor-Leste, yang diiktiraf sebagai negara demokrasi pada 2002, sebelum ini telah diberikan status pemerhati pada Sidang Kemuncak ASEAN 2022 di Kemboja.

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi ASEAN tahun ini berkata demikian dalam sidang media sebentar tadi.
Katanya, ASEAN secara jelasnya bersetuju terhadap penerimaan Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN, namun ada satu atau dua perkara perlu dipenuhi negara itu.
"Mereka berusaha keras... Malaysia, Indonesia dan beberapa negara membantu dalam pelbagai cara untuk memastikan mereka memenuhi syarat ditetapkan.
“Keputusannya ialah mereka (Timor-Leste) akan diterima sebagai anggota penuh pada sesi Oktober akan datang,” kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN 2025, hari ini.
Timor-Leste menjadi negara demokrasi terbaharu di Asia selepas diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2002 dengan jumlah penduduk seramai 1.4 juta orang.
Ketika Sidang Kemuncak ASEAN di Kemboja pada 2022, Timor-Leste telah diterima secara prinsip sebagai anggota ke-11 Asean dan diberikan status pemerhati.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#ASEAN 2025
#Timor-Leste
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan