ARIZONA: Seorang lelaki sanggup bersabung nyawa demi memastikan dua kanak-kanak yang dipercayai terperangkap dalam insiden kebakaran sebuah rumah di Arizona, Amerika Syarikat, baru-baru ini. 

Lapor media antarabangsa, Sky News melaporkan, sewaktu kejadian berlaku, seorang lelaki yang sedang melalui kawasan menyedari kejadian kebakaran. Tanpa membuang masa, lelaki berkenaan dilihat terus bertindak selepas mendengar jeritan dua kanak-kanak-kanak

Sungguhpun pihak bomba dan polis telah dihubungi sejurus selepas insiden kebakaran yang berlaku di sebuah unit pangsapuri di bandar Mesa, tindakan berani lelaki itu berjaya menyelamatkan nyawa kedua-dua mangsa.

Laporan Sky News dipetik sebagai berkata, kanak-kanak yang terperangkap masing-masing berusia dua dan enam tahun.

Visual yang dirakam menunjukkan anggota polis cuba memecah tingkap rumah dengan membaling batu, namun lelaki berkenaan bertindak lebih berani dengan memanjat pagar dan memecahkan kaca dan rangka tingkap sebelum memasuki satu ruang yang diliputi kepulan asap tebal.

Lelaki berkenaan juga sempat berteriak mengatakan terdapat dua kanak-kanak dan memanggil anggota bomba untuk mendekati tingkap bagi menurunkan mangsa.

Pihak bomba dan polis mendakwa tindakan pantas lelaki berkenaan adalah "sangat murni".

Namun, lelaki berkenaan tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum.

Kanak-kanak dan empat anggota penyelamat dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan selepas mereka dipercayai terhidu asap tebal.