awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Israel guna kekerasan ketika pengebumian wartawan Shireen Abu Akleh 'mengejutkan' - Ketua Hak Asasi Manusia PBB

Bernama
Bernama
15/05/2022
05:22 MYT
Tindakan Israel guna kekerasan ketika pengebumian wartawan Shireen Abu Akleh 'mengejutkan' - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Tentera Israel memukul orang yang mengusung keranda di tapak pengebumian wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh di Baitulmaqdis Timur pada Jumaat lalu. - Foto AP
GENEVA: Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu melahirkan rasa terkejut dengan tindakan kekerasan pihak berkuasa Israel ketika upacara pengebumian wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh, sambil menggesa siasatan segera dan telus dibuat terhadap pembunuhan itu, lapor Agensi Anadolu.
"Saya mengikuti perkembangan situasi di Tebing Barat yang diduduki, termasuk di Baitulmaqdis Timur," kata Michelle Bachelet dalam satu kenyataan.
"Rakaman memaparkan polis Israel menyerang orang yang berkabung ketika pengebumian wartawan Shireen Abu Akleh di Baitulmaqdis Timur sangat mengejutkan.
Laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 33 orang cedera.
Beribu-ribu rakyat Palestin pada Jumaat menyertai upacara pengebumian wartawan veteran Al Jazeera di Baitulmaqdis Timur.
Bachelet juga berkata, penggunaan kekerasan Israel, dirakam dan disiarkan secara langsung, kelihatan "tidak perlu dan mesti disiasat dengan segera dan telus."
Ketua hak asasi PBB itu berkata, perlu ada pihak bertanggungjawab "terhadap pembunuhan yang mengerikan bukan sahaja terhadap Abu Akleh tetapi semua pembunuhan dan kecederaan serius di wilayah Palestin yang diduduki."
Bachelet berkata, undang-undang antarabangsa memerlukan penyiasatan segera, teliti, telus, bebas dan saksama terhadap semua kekerasan yang mengakibatkan kematian atau kecederaan.
"Pasukan keselamatan Israel telah membunuh 48 rakyat Palestin setakat tahun ini.
"Budaya impunitas ini mesti berakhir sekarang," katanya.
Abu Akleh, yang ditembak mati di Tebing Barat pada Rabu, dikebumikan di tanah perkuburan Kristian Ortodoks bersebelahan bandar lama Baitulmaqdis pada Jumaat.
Al-Jazeera telah menuduh pasukan keselamatan Israel sengaja menembak mati wartawan berusia 51 tahun itu.
Imej yang tersebar di internet dan disiarkan saluran TV memaparkan pasukan keselamatan Israel memukul orang yang mengusung keranda di tapak pengebumian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#wartawan al jazeera
#Shireen Abu Akleh
#Wartawan ditembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan