awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tornado di Perancis ragut satu nyawa, empat cedera parah

Agensi
Agensi
20/10/2025
23:10 MYT
Tornado di Perancis ragut satu nyawa, empat cedera parah
Kren pembinaan dilaporkan tumbang dan bumbung bangunan tercabut akibat kekuatan taufan tersebut. - Gambar media sosial
CERGY-PONTOISE, PERANCIS: Seorang maut manakala empat lagi cedera parah selepas taufan tornado melanda beberapa kawasan di utara Paris pada Isnin (20 Okt), menyebabkan tiga kren pembinaan tumbang dan kerosakan teruk di sekurang-kurangnya 10 daerah.
Menurut pihak berkuasa, kejadian paling teruk berlaku di bandar Ermont, kira-kira 20 kilometer timur laut Paris, apabila pusaran angin kuat itu meranapkan struktur bangunan dan menghempap kawasan pembinaan.
Pendakwa raya wilayah, Guirec Le Bras memaklumkan, seorang pekerja binaan berusia 23 tahun maut di tapak projek, manakala 10 lagi cedera termasuk empat yang kini berada dalam keadaan kritikal.
Kren pembinaan dilaporkan tumbang dan bumbung bangunan tercabut akibat kekuatan taufan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, menerusi platform X menyifatkan ribut berkenaan sebagai “berintensiti luar biasa.”
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan tiga kren tumbang hampir serentak, dengan salah sebuah daripadanya menghempap sebuah klinik sementara sebuah lagi menghempap bangunan kediaman.
Pihak berkuasa berkata, ratusan anggota bomba, polis dan petugas perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perancis
#tornado
#pusaran angin
#bangunan ranap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan