awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Slovakia percaya nyawa PM Robert Fico 'tidak terancam'

Agensi
Agensi
15/05/2024
23:45 MYT
TPM Slovakia percaya nyawa PM Robert Fico 'tidak terancam'
TARABA: Fico cedera parah; satu peluru menembusi perutnya dan peluru kedua mencederakan sendinya. - Foto Facebook
TIMBALAN Perdana Menteri Slovakia, Tomas Taraba memberitahu BBC Newshour, beliau percaya Perdana Menteri Robert Fico "akan bertahan" dan tidak lagi berada dalam situasi yang mengancam nyawa.
Dalam masa sama, Taraba mengkritik parti pembangkang, menuduh mereka menggunakan "naratif palsu" dan menggambarkan Fico sebagai "seperti raksasa", komen yang menurutnya bukan amalan negara demokrasi.
“Saya sangat terkejut (dengan komen pembangkang)... setakat yang saya tahu pembedahan berjalan lancar dan saya rasa akhirnya dia akan selamat... dia tidak berada dalam situasi yang mengancam nyawa ketika ini,” katanya.
Terdahulu, keadaan Fico dilaporkan kritikal selepas cubaan membunuhnya dalam satu serangan pada Rabu, apabila penyerang melepaskan beberapa das tembakan kepadanya.
Taraba berkata, tembakan itu dilakukan "dari jarak dekat" oleh seorang lelaki warga emas.
"Fico cedera parah - satu peluru menembusi perutnya dan peluru kedua mencederakan sendinya dan beliau serta-merta dibawa ke hospital dan dibedah," katanya..
Pada satu sidang akhbar, Menteri Pertahanan Robert Kalinak berkata, Fico telah menjalani pembedahan selama lebih tiga jam dan "bertarung nyawa." - Agensi
Topic Berkaitan
#PM Slovakia
#PM Robert Fico
#Robert Fico ditembak
#Tomas Taraba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan