Trafik penumpang global untuk bulan Jun mencatatkan penurunan sederhana dalam pertumbuhan permintaan berbanding bulan sebelumnya, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA Tony Tyler berkata peningkatan 4.7 peratus trafik pada Jun adalah memberangsangkan walaupun ada sedikit penyusutan pada Mei.
"Tanda-tanda awal penurunan dalam permintaan semakin berkurangan. Ini satu berita baik, namun masih terdapat banyak risiko dalam suasana politik dan ekonomi yang perlu dipantau dengan teliti," katanya dalam satu kenyataan.
Jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer meningkat 4.7 peratus dalam tempoh setahun lalu, kurang daripada kenaikan 6.2 peratus tahun ke tahun yang direkodkan pada Mei 2014, katanya.
Kata Tyler, semua syarikat penerbangan mencatatkan pertumbuhan dan pendapatan yang kukuh di semua rantau kecuali Afrika, dengan jumlah penumpang antarabangsa meningkat 5.5 peratus pada Jun berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Trafik syarikat penerbangan Asia Pasifik mencatatkan peningkatan 4.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, katanya.
"Unjuran untuk rantau ini nampak positif, dengan angka-angka aktiviti perkilangan dan tempahan eksport menunjukkan prestasi yang lebih baik dari China," kata Tyler.
Syarikat penerbangan Eropah mencatat peningkatan permintaan sebanyak 5.6 peratus pada Jun berbanding tempoh yang sama pada 2013, selaras dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih untuk rantau itu, katanya.
Beliau berkata syarikat-syarikat penerbangan Amerika Utara mengalami peningkatan 3.1 peratus trafik berbanding Jun tahun lepas, dengan data terkini dari Amerika Syarikat menunjukkan trend pertumbuhan dalam asas aktiviti perniagaan yang positif dan kadar pengangguran menunjukkan peningkatan.
Bernama
Thu Aug 07 2014
Tony Tyler
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Industri syarikat penerbangan akan pertingkat keuntungan pada 2025 - IATA
Jumlah pendapatan industri pula dijangka mencecah AS$1.01 trilion (RM4.46 trilion), peningkatan 4.4 peratus berbanding 2024.
AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada September - IATA
Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
IATA tawar mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.
IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.
Pelan hala tuju IATA papar kemungkinan peralihan tenaga menjelang 2050
Pelan itu juga dengan jelas menunjukkan usaha penyahkarbonan menjelang 2050 itu berkemungkinan dapat direalisasikan.
Syarikat penerbangan Asia-Pasifik catat peningkatan kargo udara 17.6 peratus
Permintaan yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer di laluan perdagangan dalam lingkungan Asia meningkat 19.8 peratus tahun ke tahun.
Trafik penumpang udara global naik 9.1 peratus pada Jun - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti, diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun.