Dua mayat mangsa nahas pesawat Saratov Airlines An-148 ditemui di lokasi nahas berhampiran perkampungan Argunovo, kira-kira 40km dari Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow.
Pesawat penerbangan yang membawa 65 penumpang dan enam anak kapal itu baru beberapa minit berlepas dari Moscow ke Orsk, bandar kedua terbesar di Orenburg, wilayah bersempadan dengan Kazakhstan sebelum ia terhempas.
Tiada mangsa dilaporkan terselamat.
BACA: Pesawat Rusia terhempas, 71 maut
Dalam pada itu, Presiden Valdimir Putin dalam reaksi segeranya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat dan mengarahkan siasatan khas mencari punca nahas.
Mengulas lanjut, Menteri Pengangkutan Rusia Maxim Sokolov memaklumkan, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mencari punca nahas pesawat Antonov An-148 itu.
Bercakap pada taklimat di Lapangan Terbang Domodedovo Moscow, Sokolov berkata tugas yang paling mendesak ketika ini adalah untuk memberi bantuan kepada waris mangsa.
"Tugas utama pasukan khas adalah logistik.
"Saya juga ingin mengingatkan bahawa jawatankuasa siasatan bersama dengan Jawatankuasa Penerbangan Udara Transnasional sedang menjalankan siasatan dan belum ada sebarang kesimpulan boleh dibuat," ujarnya.
Sokolov juga berkata, pihaknya sedang mengumpulkan serpihan di lokasi nahas dan sedang mencari kotak hitam bagi menetukan punca nahas.
"Sekarang, tugas kami adalah untuk menganjurkan bantuan kepada waris yang terkorban dan pada masa sama saya ingin ucapkan takziah kepada mereka yang terlibat," tambahnya lagi.
Dalam taklimat sama, Ketua Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan, Alexandr Neradko menjelaskan pesawat bekenaan tidak mempunyai masalah keselamatan.
Bagaimanapun, agensi itu akan tetap menjalankan pemeriksaan tambahan dan melaporkan hasil siasatan kepada kerajaan.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan Sergei Kraevoi memberitahu, para doktor dan pakar psikologi akan ditempatkan bersama ahli keluarga bagi memberi sokongan dari segi emosi.
"Kami akan menghantar pasukan kecemasan dengan lebih ramai pakar yang akan ditempatkan bersama keluarga.
"Kami juga sedang mengenal pasti identiti mangsa melalui ujian DNA dengan keluarga-keluarga mangsa," ujarnya.
Agensi
Sun Feb 11 2018
Serpihan pesawat penerbangan Antonov An-148 dikumpulkan selain mencari kotak hitam bagi mengenal pasti punca nahas. - REUTERS
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kegagalan juruterbang aktifkan sistem pemanas punca nahas An-148 - penyiasat
Petunjuk yang diperoleh jelas menunjukkan bahawa juruterbang gagal menghidupkan unit pemanasan untuk peralatan pengukuran tekanan pesawat sebelum berlepas.
Tragedi Rusia: Mayat mangsa mula dijumpai
Dua mayat mangsa nahas pesawat Saratov Airlines An-148 ditemui di lokasi nahas berhampiran perkampungan Argunovo, kira-kira 40km dari Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow.