awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Sri Lanka: Susulan letupan, orang awam panik, lari bertempiaran

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2019
09:17 MYT
Tragedi Sri Lanka: Susulan letupan, orang awam panik, lari bertempiaran
Setakat ini, media tempatan melaporkan sekurang-kurang 137 terkorban dalam siri serangan tersebut termasuk sembilan warga asing. Facebook St. Sebastian's Church
Orang ramai panik dan lari bertempiaran selepas kejadian siri letupan yang mensasarkan tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka ketika sambutan Hari Easter pada Ahad.
Berdasarkan satu rakaman amatur yang disiarkan agensi antarabangsa, dipercayai dirakam di salah sebuah gereja terbabit, orang awam dilihat berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri.
Dalam video berdurasi hampir satu minit itu juga kelihatan beberapa mayat mangsa yang terkorban terbaring di tanah, sementara orang awam dilihat masuk dan keluar dari dalam bangunan yang musnah.
Mereka memijak serpihan kaca yang pecah.
Setakat ini, media tempatan melaporkan sekurang-kurang 137 terkorban dalam siri serangan tersebut termasuk sembilan warga asing.
Manakala, hampir 500 sedang dirawat di hospital.
Difahamkan, hotel dan salah sebuah gereja tersebut terletak di Colombo, manakala sebuah lagi gereja di Negombo, utara bandar berkenaan.
Salah satu letupan tersebut berlaku di Gereja St Anthony di Kochcikade.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Sri Lanka memaklumkan letupan ketujuh dilaporkan berlaku di Dehiwela, berhampiran pusat bandar Sri Lanka sebentar tadi.
BACA: Tragedi Sri Lanka: Satu lagi letupan berlaku
Sementara itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan media pada Ahad memaklumkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian letupan tersebut.
Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap siri letupan tersebut.
Topic Berkaitan
#Colombo
#Hari Easter
#Kedutaan Malaysia
#letupan
#orang awam
#Serangan Gereja
#Sri Lanka
#terkorban
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan