awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Villarreal CF anjur Kem ID APAC di Kuala Lumpur
Champions League: Bodø/Glimt cipta kejutan besar, tewaskan Manchester City 3-1 di Arctic Circle
SSPA tangani isu pendapatan boleh guna, perkasakan bakat penjawat awam - JPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan hadir undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 di Washington

Bernama
Bernama
02/12/2025
13:55 MYT
Trump akan hadir undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 di Washington
Tidak jelas sama ada Trump hadir sebagai tetamu atau akan mengambil bahagian secara aktif dalam majlis itu. - Reuters
BERLIN: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menghadiri undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 di Washington pada Jumaat, menurut Rumah Putih pada Isnin malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Pada Jumaat, Presiden Trump akan menghadiri sesi undian di Pusat Kennedy," kata setiausaha akhbar Karoline Leavitt kepada wartawan.
Tidak jelas sama ada Trump hadir sebagai tetamu atau akan mengambil bahagian secara aktif dalam majlis itu.
Baru-baru ini timbul spekulasi bahawa Trump mungkin menerima Anugerah Keamanan FIFA yang baharu diwujudkan, yang menurut badan induk bola sepak dunia itu akan diberikan kepada "individu yang mengambil tindakan luar biasa untuk keamanan dan dengan itu menyatukan masyarakat di seluruh dunia".
AS akan menjadi tuan rumah bersama kejohanan itu dengan Mexico dan Kanada. Piala Dunia yang bermula pada Jun 2026 ini akan menjadi yang terbesar dalam sejarah dengan penyertaan 48 pasukan.
Trump baru-baru ini mengancam untuk menarik balik penganjuran perlawanan daripada bandar tuan rumah sekiranya aspek keselamatan tidak dapat dijamin, dengan khususnya menyebut Seattle dan Los Angeles. Ketika ditanya sejauh mana perpindahan ke bandar lain masih boleh dilaksanakan, Trump tidak memberikan jawapan jelas.
Presiden itu sejak beberapa bulan lalu mendakwa kadar jenayah di beberapa bandar AS berada di luar kawalan dan hanya boleh dibendung melalui kepimpinannya - dakwaan yang tidak disokong oleh statistik jenayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Piala Dunia
#Washington
#Undian peringkat kumpulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan