Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada tarif akan dikenakan ke atas kereta dan bahagian kereta yang diimport, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
Trump membuat kenyataan itu kepada pemberita semasa bertemu presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Rumah Putih susulan jangkaan bahawa beliau akan mengumumkan keputusan tersebut seawal Rabu ekoran kelewatan enam bulan pada Mei.
Korea Selatan telah melobi keras untuk mendapatkan pengecualian daripada apa-apa tarif lagi dengan merujuk perjanjian perdagangannya yang dirunding semula dengan AS.
Presiden itu mengumumkan pada Mei bahawa beliau telah mengarahkan wakil perdagangan AS untuk meneruskan rundingan sehingga 180 hari berkaitan kereta import dari Kesatuan Eropah, Jepun dan negara lain yang dianggap perlu.
Beliau berdepan tarikh akhir bagi memutuskan sama ada akan mengenakan tarif sehingga 25 peratus ke atas kereta dan bahagian kereta yang diimport atas alasan keselamatan negara.
Dalam pengumuman itu, Trump juga berkata beliau bersetuju dengan penemuan Jabatan Perdagangan AS pada Februari bahawa tahap dan persekitaran semasa kereta import "mengancam untuk menjejaskan ... keselamatan negara" seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan.
Trump berkata beliau telah "mempertimbang" rundingan semula perjanjian perdagangan bebas Korea Selatan-AS namun tidak mengecualikan Korea Selatan daripada tarif yang bakal dikenakan pada masa depan.
Korea Selatan bimbang jika ia bakal mengalami kerugian ketara jika AS mengenakan tarif ke atas keretanya kerana industri auto menyumbang sebanyak 14 peratus hasil dan 12 peratus pekerjaan dalam sektor pembuatan negara itu.
Perjanjian perdagangan bebas Korea Selatan-AS yang telah diperbaharui membolehkan pengeluar kereta AS menggandakan eksport mereka ke Korea Selatan di bawah standard AS, dan untuk AS melanjutkan tarif ke atas trak pikap buatan Korea selama 20 tahun, iaitu sehingga 2041.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 14 2019

Donald Trump berjabat tangan dengan Recep Tayyip Erdogan selepas sidang media di Rumah Putih, 13 Nov, 2019, di Washington. (Foto AP)

Ejen dedah niat sebenar Jurgen Klopp di tengah spekulasi Real Madrid, Brazil
Spekulasi terkini menunjukkan bahawa Klopp sedang mempertimbangkan untuk kembali ke dunia kejurulatihan.

Shalin Zulkifli ketuai jawatankuasa atlet ADAMAS
Legenda tenpin boling negara Datuk Shalin Zulkifli dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Atlet Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

China negara pertama berjaya jalankan operasi reaktor nuklear thorium secara berterusan
Reaktor thorium tidak memerlukan bekalan air yang banyak untuk sistem penyejukan dan dianggap lebih bersih berbanding reaktor nuklear semasa.

UNRWA beri amaran situasi kritikal di Gaza akibat sekatan Israel
UNRWA memaklumkan pihaknya kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 pelarian.

Google didapati bersalah amal monopoli perniagaan iklan
Ini adalah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat, selepas kes monopoli perniagaan carian pada Ogos tahun lalu.

AS hadkan anggota tentera di Syria kepada kurang 1,000 - Pentagon
Penyusunan semula itu mencerminkan langkah ketara yang telah dicapai AS dalam melemahkan keupayaan operasi kumpulan pengganas Daesh/ISIS.

KazanForum 2025: Malaysia sedia main peranan strategik seiring perkembangan koridor utara-selatan
Malaysia dan negara-neara Selatan Global dapat manfaat daripada transformasi perdagangan yang dibawa ITC Utara-Selatan merentasi Eurasia.

Messi buka mulut soal Piala Dunia 2026 - 'Tunggu dan lihat'
Walaupun belum muktamad, kapten Argentina berusia 37 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di pentas dunia.

Majlis Media Malaysia disaran wujud pasukan khas pantau kesilapan - Pakar
Inisiatif itu akan memperkukuh profesionalisme dan ketekalan landskap media negara.

Saintis kesan kewujudan hidupan di planet selain bumi
JWST mengesan molekul dimetil sulfida (DMS) dan dimetil disulfida (DMDS) di atmosfera K2-18b, yang dihasilkan oleh bakteria dan plankton di bumi.

BeDaie: Suara ilmu dari Kota Bharu bergema di Amerika Syarikat
Platform itu membawa misi menyebarkan ilmu dan cahaya Islam ke seluruh dunia, walaupun bermula dari sebuah pejabat sederhana di Kota Bharu.

AS akan berhenti jadi orang tengah rundingan damai Rusia-Ukraine jika tiada kemajuan segera
AS akan menghentikan usaha menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Rusia dan Ukraine melainkan ia mendapati perkara itu boleh dilakukan dalam beberapa hari.

ASEAN tolak sebarang bentuk tarif dikenakan secara unilateral - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral.

Tarif AS: China hubungi AS untuk rundingan perdagangan, kata Trump
Trump maklumkan akan menangguhkan sebarang keputusan berkaitan perjanjian TikTok sehingga isu perdagangan dengan China diselesaikan.

Sekatan beri impak, akui China pasaran penting Nvidia - CEO
China merupakan pasaran yang sangat penting bagi Nvidia dan syarikat itu sedia meneruskan kerjasama dengan negara berkenaan.

ASEAN-China: Sekarang penentu keteguhan prinsip sentralisasi ASEAN - Penganalisis
Berdepan dengan cabaran geopolitik baharu dan perang dagang yang kian memuncak, negara-negara ASEAN perlu membuat keputusan yang menjamin manfaat serantau.

Hubungan baik dengan China beri manfaat kepada rakyat - PM Anwar
Malaysia tegas dalam menyatakan pendirian apatah lagi dalam isu hubungan dengan China, di mana manfaatnya akan dinikmati segenap lapisan masyarakat di negara ini.

White House umum China berdepan tarif sehingga 245 peratus akibat tindak balas dagang
Langkah itu menyusuli arahan pentadbiran terbaharu Presiden Trump yang melancarkan siasatan keselamatan negara terhadap import bahan mentah penting.

Perang perdagangan: China lantik wakil perdagangan antarabangsa baharu Mofcom
China melantik wakil perdagangan antarabangsa baharu di Kementerian Perdagangan (Mofcom) pada Rabu di tengah-tengah perang perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Mohd Afzanizam berkata keadaan itu didorong oleh sentimen berhati-hati pasaran susulan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar tarif AS.