awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
300 permohonan lesen mendulang emas diterima sejak awal Januari
PM harap Malaysia-Turkiye saling jadi ‘hab serantau’ untuk Asia dan Eropah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan tutup misi NASA pantau pembebasan gas rumah hijau - Laporan

Bernama
Bernama
07/08/2025
09:06 MYT
Trump akan tutup misi NASA pantau pembebasan gas rumah hijau - Laporan
Permintaan bajet Presiden Trump untuk tahun fiskal 2026 tidak memperuntukkan dana bagi pemerhatian karbon dari orbit. - AP
MOSCOW: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, akan menutup dua misi agensi angkasa lepas AS, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), yang bertanggungjawab memantau pembebasan gas rumah hijau, menurut laporan penyiar Newsmax yang memetik agensi berkenaan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Dalam satu kenyataan melalui e-mel, NASA menyatakan misi itu melebihi tempoh utama mereka dan ditamatkan "selaras dengan agenda dan keutamaan bajet Presiden," menurut laporan itu pada Rabu.
Permintaan bajet Presiden Trump untuk tahun fiskal 2026 tidak memperuntukkan dana bagi pemerhatian karbon dari orbit, yang mampu menjejak pelepasan dan penyerapan karbon dioksida secara tepat, serta memantau kesihatan tanaman pertanian, menurut laporan itu.
Pada awal Julai, Politico melaporkan, lebih 2,000 kakitangan kanan NASA berkemungkinan akan diberhentikan berikutan fokus Rumah Putih terhadap pengurangan perbelanjaan kerajaan. Pada akhir Julai, hampir 300 kakitangan semasa dan bekas kakitangan NASA mengecam pentadbiran Trump atas tindakan pemberhentian kerja, pelanggaran persekutuan dan tindakan yang menjejaskan misi agensi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#misi nasa
#pembebasan gas
#Rumah Hijau
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan