Skip to main content

Dunia

Trump ancam hentikan perdagangan dengan sesetengah negara jika kadar faedah diturunkan

U.S. President Donald Trump looks on on the day he signs an executive order on vehicle repairs in the Oval Office at the White House in Washington, D.C., U.S., June 29, 2026. REUTERS/Aaron Schwartz
Presiden Trump mengugut untuk menghentikan sepenuhnya perdagangan dengan negara yang mencatat lebihan perdagangan dengan AS sekiranya Rizab Persekutuan tidak menurunkan kadar faedah. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengugut untuk menghentikan sepenuhnya perdagangan dengan negara yang mencatat lebihan perdagangan dengan AS sekiranya Rizab Persekutuan tidak menurunkan kadar faedah, lapor Xinhua.

"TURUNKAN KADAR FAEDAH ATAU SAYA AKAN HENTIKAN PERDAGANGAN DENGAN NEGARA YANG KITA HADAPI DEFISIT," kata Trump dalam satu hantaran di media sosial. "NEGARA YANG KUAT BERMAKNA KADAR FAEDAH LEBIH RENDAH -- IA ADALAH KREDIT YANG LEBIH BAIK."

Trump membuat ancaman itu sebagai respons terhadap laporan pekerjaan bulanan yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Jabatan Buruh AS melaporkan pada Jumaat bahawa ekonomi AS meningkatkan 162,000 pekerjaan pada Ogos, jauh melebihi jangkaan penambahan 53,000 pekerjaan manakala kadar pengangguran kekal pada 4.1 peratus.

"Kadar faedah yang tinggi meletakkan AS pada kedudukan yang amat tidak adil dan saya tidak akan membenarkan perkara itu berlaku!" kata Trump.

Kenyataan Trump berisiko meningkatkan ketegangan antara pentadbiran dan bank pusat serta mengancam kebebasan Rizab Persekutuan, menurut media AS pada Jumaat.

Beberapa anggota Rizab Persekutuan yang mempunyai hak mengundi, termasuk Pengerusinya, Kevin Warsh memberi isyarat bahawa mereka terbuka untuk menaikkan kadar faedah sekiranya inflasi kekal tinggi.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement